Bilionwan China angkut Rolls-Royce Ghost ke rumah tingkat 44 guna kren

oleh Mohamad Hanif|
Banyak duit dan tak tau nak buat apa? Dah beli Rolls-Royce Ghost pun masih rasa tak cukup?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Anda boleh ikuti contoh bilionwan dari China, di mana beliau menggemparkan dunia maya dengan membawa naik kereta Rolls-Royce Ghost ke penthouse setinggi 44 tingkat menggunakan kren.

Pemilik Ghost tersebut dilapor perlu membayar sejumlah wang kepada firma kejuruteraan untuk membina sangkar besi, sebelum struktur tersebut dibawa naik ke atas dengan menggunakan tiga utas kabel yang kuat dan kukuh.
 

Rolls-Royve


Berdasarkan imej yang diperoleh, Rolls-Royce Ghost tersebut berjaya dibawa naik dengan selamat ke tingkat 44 dan harapnya, struktur balkoni rumah bilionwan tersebut kukuh untuk menampung beban seberat 2.5 tan itu.

Atau, lebih baik jika bilionwan China tersebut pindah terus ke Amerika Syarikat, di mana Bentley ada menyediakan sebuah apartment mewah setinggi 61 tingkat yang lengkap dengan lif khas untuk membawa naik kereta peribadi ke rumah masing-masing.

Baca: Apartment mewah Bentley siap ada lif angkut kereta!