Ketua Polis Bachok, Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata dua anggota unit bermotosikal IPD Bachok mengejar suspek sejauh 2 kilometer sebelum terbabas dalam semak di Kampung Hujung Repek.
Berlaku sedikit pergelutan apabila suspek menendang dan mencederakan salah seorang anggota menggunakan spanar.
semakan lanjut mendapati suspek menunggang motosikal curi berdasarkan nombor casis motosikal yang dilaporkan hilang di Besut, Terengganu.
Suspek juga gagal mengemukakan kad pengenalan ketika ditahan walau bagaimana pun suspek tiada rekod jenayah lampau dan ujian air kencing juga negatif dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 186, 353, 379A Kanun Keseksaan serta Seksyen 25(1)(n) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.
Bacaan sepenuhnya di Harian Metro