BIMS 2023: BYD Denza D9, MPV elektrik ultra mewah tujuh tempat duduk, jarak gerak 600 km

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di Bangkok International Motor Show 2023, BYD turut memperlihatkan sebuah model MPV ultra mewah berkuasa elektrik Denza D9.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Unit yang dipamerkan ini merupakan unit pemanduan sebelah kiri, di mana menurut laporan Headlightmag, ia dibawa masuk oleh pihak BYD Rever Thailand untuk mendapatkan respons daripada pelanggan di negara tersebut.

BYD juga dilapor tidak mempunyai perancangan untuk membawa masuk dan menjualnya dalam masa terdekat.
 

BYD


BYD Denza D9 menggunakan konsep luaran ‘Into the Meteor Arrow’ dengan membawakan ukuran dimensi sepanjang 5,250 mm, lebar 1,960 mm, tinggi 1,920 mm dengan jarak antara roda melebihi tiga meter (3,110 mm).

Sebagai perbandingan, BYD Denza D9 sedikit kecil jika dibandingkan dengan Hyundai Staria, dan jauh lebih besar jika dibandingkan dengan MPV popular Toyota Alphard.
 

BYD


Ruang kabin dihiasi dengan penggunaan kulit Nappa, suede dan venir kayu, sistem pencahayaan ambien 148 warna, skrin kluster digital 10.25 inci 3D, skrin infohibur 15.6 inci, sokongan sistem audio Dynaudio 14 pembesar suara, serta tambahan dua buah skrin 12.8 inci pada tempat duduk baris kedua.

Bukan itu sahaja, tempat duduk baris kedua itu boleh diubah kedudukannya sehingga 1,080 mm, larasan 10 cara, sokongan sistem urut elektrik 10 poin serta terdapat slot pengecasan peranti pintar tanpa wayar di bahagian sisi.

Terdapat dua versi BYD Denza untuk pasaran China.
 

BYD


Versi plug-in hybrid menampilkan enjin 1.5 liter turbo (138 hp/231 Nm) dipadankan dengan motor elektrik dan tiga pilihan output kuasa keseluruhan iaitu 300 hp, 345 hp, dan 406 hp.

Sementara pek bateri Ternary Lithium berkapasiti sehingga 40.06 kWh pula mampu membenarkan jarak gerak sifar emisi sejauh sehingga 180 km.
 

BYD


Untuk versi elektrik pula, terdapat pilihan trenkuasa motor elektrik tunggal (312 hp/360 Nm) dengan padanan pek bateri Blade 103.36 kWh yang mampu membenarkan jarak gerak sehingga 620 km untuk sekali cas penuh.

Pembeli juga boleh mendapatkan versi motor elektrik berkembar dengan sistem pacuan semua roda (AWD) berkuasa 374 hp dan 470 Nm, dipadankan dengan pek bateri Blade 103.46 kWh di mana jarak gerak maksimum sekitar 600 km.

Baca: BYD Denza D9

Berita Berkenaan

Berita Global
Rata-ratanya berada di dalam kelas yang lebih mahal dan di luar kemampuan golongan kebanyakan…
Berita Global
Sehingga acara Bangkok Internasional Motor Show 2023 berlangsung pada ketika ini, Toyota langsung…
Berita Global
Kenapa teksi Jepun tiba-tiba muncul di Thailand? Menurut laporan daripada Headlightmag, Toyota…