BIMS 2023: Honda Civic Type R FL5, harga di Thailand dari RM517k!

oleh Mohamad Hanif|
Honda Thailand hari ini secara rasmi membuka tempahan bagi model hot hatch Honda Civic Type R FL5 2023, di mana ia bakal dibawa masuk dalam unit terhad.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, Honda Civic Type R 2023 membawakan nadi turbo 2.0 liter KC20C1 dengan kuasa maksimum 320 hp @ 6,500 rpm dan daya kilas 420 Nm @ 2,600-4,000 rpm.

Ia hanya didapati dengan padanan transmisi manual enam nisbah kelajuan yang memacu roda hadapan.
 

Civic


Di Thailand, Civic Type R FL5 ini mampu menyokong suapan bahan api Gasohol E10, atau minimum petrol bergred RON91.

Terdapat empat mod pemanduan ditawarkan iaitu Comfort, Sport, Individual dan +R.

Sistem suspensi terdiri daripada topang MachPherson Dua Paksi di hadapan, diikuti dengan suspensi multilink bebas di bahagian belakang, dibantu dengan penggunaan bar pengimbang bersaiz 29 mm depan dan 20.5 mm belakang.
 

FL5


Sistem brek pula menggunakan unit Brembo dengan angkup aluminium empat omboh di depan dan rotor bersaiz 13.8 inci (12 inci di belakang), sementara rim pula bersaiz 19 inci yang dibaluti tayar Michelin Pilot Sport 4S (saiz 265/30 R19).

Secara standard, Honda Civic Type R 2023 dibekalkan dengan unit lampu LED dengan fungsi automatik, sistem ekzos dengan tiga tip tengah, spoiler belakang Type R, tempat duduk sports, roda stereng balutan suede, sistem kekunci pintar, tempat duduk belakang boleh lipat (nisbah 60:40), skrin infohibur 9 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto serta ketersambungan kepada Honda CONNECT dan Honda LogR.
 

FL5


Selain daripada ciri seperti tujuh beg udara, ABS, EBD, BSA, dan cagak ISOFIX, Honda Civic Type R ini turut dibekalkan dengan keselamatan Honda SENSING sebagai standard.

Di pasaran Thailand, terdapat lima warna ditawarkan iaitu Championship White, Crystal Black Pearl, Racing Blue Pearl, Rally Red dan Sonic Gray.
 

FL5


Harga jualan?

3,990,000 baht atau bersamaan dengan RM516,806! (mengikut kadar pertukaran matawang semasa). Agak-agak berapa pula harga jualan Civic FL5 bila ia dilancarkan di Malaysia kelak?

Gambar tambahan dalam galeri dari Headlightmag

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperkara yang perlu diketahui, output enjin Civic Type R bergantung kepada pasaran sebagai…
Berita Global
Namun, belum pun sempat tirai disingkap, para peminat jentera pacuan roda depan itu kini boleh…