Sehingga acara Bangkok Internasional Motor Show 2023 berlangsung pada ketika ini, Toyota langsung tidak mendedahkan spesifikasi dan juga butiran terperinci trak pikap yang dipamerkan ini.
Berdasarkan gambar, Hilux Revo BEV Concept ini menggunakan asas daripada trak pikap Hilux kabin tunggal.
Namun ketika ‘mengintai’ di bahagian bawah bed, jelas kelihatkan Toyota telah memasang trenkuasa motor elektrik pada gandar belakang, serta pek bateri yang dipasang di bawah casis ladder frame.
Selain layangan warna putih, Hilux Revo BEV Concept ini membawakan struktur jeriji yang lebih ringkas, rim bersaiz 17 inci manakala port pengecasan pula boleh diakses pada fender hadapan sebelah kiri.
Sehingga kini, Toyota masih lagi belum mengesahkan model ini bakal dikomersialkan ataupun tidak.

Namun sebelum ini terdapat beberapa pihak termasuklah Toyota Australia sendiri menghasilkan trak pikap Hilux dan Land Cruiser berkuasa elektrik untuk kegunaan industri perlombongan bagi mengurangkan pelepasan emisi daripada fleet kenderaan tugas-tugas ringan.
Baca: Toyota Australia hasilkan trak pikap Hilux elektrik
Baca: SEA Electric bekal 8,500 trak pikap elektrik Hilux, Land Cruiser