BINO - sewa motosikal dari serendah RM40 untuk yang mahu jadi penghantar

oleh HEZERI SAMSURI|
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, industri penghantaran semakin berkembang kerana kepentingannya yang memang tidak dapat dinafikan.

Namun begitu, tidak semua yang mempunyai motosikal dan mungkin ada yang mahu menjadi penghantar makanan hanya semasa PKP sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Sebuah syarikat tempatan, Bino yang beribu pejabat di Sungai Way, Petaling Jaya mungkin menjadi jawapan anda.

Bino menyediakan perkhidmatan menyewa motosikal untuk tempoh harian, mingguan atau bulanan.

Antara model motosikal yang ditawarkan untuk disewa ialah Yamaha Y15 ZR, Honda RS 150, SYM VF31, Honda Wave 125i, Honda Wave Future, Honda Beat, Honda EX5, Honda Wave Alpha, Honda Wave Dash dan Yamaha 135 LC.

 

 

Menurut pemilik syarikat, Zairye Jupirin (t-shirt hitam di atas), motosikal boleh disewa walaupun penyewa berada di luar Petaling Jaya.

Zairye yang sekarang ini melanjutkan pendidikan secara sambilan di UTM Space berkata pendapatan penghantar makanan sebenarnya menarik.

"Dahulu, jika boleh bertugas sehingga tengah malam, penghantar makanan mampu mengaut pendapat sehingga RM1,000 seminggu.

Sekarang pergerakan dihadkan sehingga 8 malam tetapi mereka masih mampu mendapat antara RM600 hingga RM800 seminggu'" ujarnya.

 

 

Sewa paling rendah untuk harian ialah RM40 untuk Honda EX5, Honda Wave Alpha dan Honda Wave Dash sementara yang paling tinggi ialah untuk Yamaha Y15 ZR, Honda RS 150 dan SYM VF31 dengan harga RM80 sehari.

Deposit RM50 diperlukan untuk tempahan dan anda boleh hubungi Zairye melalui Whatsapp di 018 373 7468.

Anda juga boleh melawat Faceook Bino di Binobikerentalpj

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurutnya, helikopter berkenaan sepatutnya diterima oleh TDM pada Nov lepas, bagaimanapun susulan…
Berita Domestik
Sehubungan itu, siasatan lanjut secara menyeluruh sedang dijalankan bagi memastikan sama ada…
Berita Global
Tindakan mengejut yang diumumkan pada lewat Khamis itu mencetuskan kritikan daripada pendokong…