Bintang WRC, Craig Breen meninggal dunia akibat kemalangan semasa ujian di Crotia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pelumba dan bintang WRC, Craig Breen meninggal dunia pada usia 33 tahun akibat terlibat dalam kemalangan ujian di Crotia pada 13 April.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Craig telah menjadi tonggak utama dalam rali peringkat teratas sejak 2014, yang terbaru memandu untuk pasukan Hyundai pada 2023 dan membuat penampilan sulung semasa perlumbaan Goodwood pada 2022.

Pelumba kelahiran Ireland itu memulakan kerjaya perlumbaannya dalam gokart sebelum beralih kepada rali pada 2007, dengan penampilan sulungnya pada acara WRC di Rally Portugal 2009 menggunakan Ford Fiesta ST.

 

2

 

Craig telah muncul di kejohanan tersebut untuk beberapa tahun, sebelum menjadi pelumba rali di peringkat teratas untuk pasukan Citroën, hingga yang terkini bersama pasukan Hyundai untuk beberapa musim.

Pada tahun 2022, Craig berjaya menjadi pelumba sepenuh masa pertamanya sebagai pemandu utama untuk pasukan M-Sport dalam Ford Puma, mengambil dua podium dalam perjalanan ke tempat ketujuh dalam kejuaraan.

Walaupun hanya bersama pasukan itu selama satu musim, dia kembali bersama Hyundai dan mendapat podium kali pertama di Rally Sweden.

 

3

 

Sepanjang kerjayanya, Craig telah menjuarai akademi WRC 2011 dan memenangi kejuaraan SWRC peringkat kedua pada 2012, dia juga merupakan naib juara Kejohanan Rally Eropah 2015, dan telah menamatkan saingan di podium WRC sembilan kali pada peringkat teratas.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Hyundai berkata, “Hyundai Motorsport berasa amat sedih untuk mengesahkan bahawa pemandu Craig Breen hari ini kehilangan nyawanya berikutan kemalangan semasa ujian pra-acara untuk Croatia Rally.

"Hyundai Motorsport menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga, rakan dan peminat Craig."

 

4

 

Presiden FIA Mohammed Ben Sulayem turut berkata, “Bagi pihak FIA, saya mengucapkan takziah kepada keluarga & rakan Craig Breen berikutan kematiannya semasa kemalangan ujian peribadi di Croatia."

"Fikiran dan doa kami bersama orang tersayang & komuniti Rally pada masa yang sukar ini"