Bjak.my jana penjimatan sehingga RM90juta melalui Perkhidmatan Perbandingan Insurans

oleh SALINA JALIL|
Bjak.my telah mengumumkan bahawa mereka telah membantu pemilik kenderaan di Malaysia menjana lebih RM90 juta penjimatan melalui insurans kenderaannya dengan perkhidmatan perbandingan.


Sehingga kini, lebih daripada 3 juta pengguna telah mendaftar di Bjak.my dan mendapat penjimatkan RM50 hingga RM450 untuk pembaharuan insurans kereta tahunan mereka.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Ditubuhkan pada tahun 2019, Bjak.my menarik berjuta-juta pemilik kenderaan persendirian untuk menggunakan perkhidmatannya untuk membandingkan dan membeli insurans kereta dan motosikal dalam talian, menjadikannya platform yang terbesar insurans di negara ini. 


Platform ini membolehkan pemilik kereta membandingkan lebih daripada 10 pengendali insurans dan takaful di bawah 5 minit sahaja. 


Antara syarikat insurans yang ditawarkan di laman webnya termasuk Takaful Malaysia, Pacific & Orient, Liberty, Tokio Marine, Zurich Takaful, MSIG dan banyak lagi.

 

 

Penjimatan yang ketara adalah membandingkan tawaran insurans kerana insurans kereta premium berbeza sehingga 40 peratus di antara syarikat insurans. 


Dengan perbandingan dalam talian pada kadar segera, pemilik kereta kini boleh memilih lebih dari 10 pakej insurans dalam masa beberapa minit sahaja, di mana jua mereka berada.

 

"Setiap hari, kami menerima ratusan ucapan terima kasih dan maklum balas positif di Facebook dan platform media sosial lain, kebanyakan pelanggan menyatakan cara kami telah membantu mereka menjimatkan masa dan wang, dan betapa mereka menyukai perkhidmatan kami,” kata Fatin Izzati, Ketua Operasi Bjak. Shireen Lim. 

 

Sebagai pasaran insurans terkemuka di rantau ini, perbandingan insurans dalam talian dan perkhidmatan pembaharuan bukan sahaja membantu pemilik kereta membuat penjimatan, tetapi juga menyokong penjarakan sosial dalam mengurangkan hubungan fizikal di Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) semasa musim COVID-19 ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Naib Presiden Operasi Bjak, Fatin Izzati menjelaskan, Bjak bekerjasama dengan penyedia BNPL…
Informasi
  Terdapat banyak platform yang kini menawarkan perkhidmatan untuk memperbaharui cukai jalan dan…