Blitz perkenal kit badan baharu untuk GR86, BRZ

oleh Mohamad Hanif|
Blitz merupakan antara syarikat penala terawal yang memperlihatkan pakej kit badan untuk kembar model kereta sports pacuan roda belakang Toyota GR86/Subaru BRZ.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Nampak radikal dan mampu membuatkan banyak kepala tertoleh melihatnya.

Kali ini, Blitz kembali tampil dengan pendekatan yang lebih ringkas dengan mengekalkan rekaan bampar depan kedua-dua model tersebut, sebelum ditambah dengan splitter berwarna hitam dan aksen warna badan.
 

BRZ


Bahagian sisi pula mendapat penambahan skirt sisi manakala penawaran rim pula tidak disekalikan di dalam pakej ini, memberikan lebih kebebasan kepada para pemilik untuk memasang rim kegemaran mereka.

Bahagian belakang pula diserikan dengan dua pilihan spoiler dengan tahap ketinggian dan larasan yang berbeza, manakala bahagian diffuser belakang pula ditambah dengan sirip pada penghujung.
 

BRZ


Blitz turut menawarkan opsyen tip ekzos berwarna biru serta set decal jalur pada bahagian sisi untuk tujuan kosmetik.

Berikut merupakan senarai harga untuk komponen yang ditawarkan oleh Blitz:

  • spoiler depan - ¥60,500 (RM1,919) (¥88,000 / RM2,792 untuk versi berlampu LED)
  • skirt sisi - ¥111,000 (RM3,521)
  • kepak diffuser - ¥49,500 (RM1,570)
  • sayap belakang - ¥275,000 (RM8,724) atau ¥330,000 (RM10,469) guna bahan gentian karbon
  • kemasan tingkap belakang - ¥38,500 (RM1,221)

 

BRZ


Selain daripada peningkatan bersifat kosmetik, Blitz turut menawarkan naiktaraf mekanikal seperti pada bahagian kemasukan, penyejukan, ECU dan ekzos yang mampu meningkatkan kuasa enjin 2.4 liter boxer aspirasi natural standard 232 hp itu.

Terdapat juga opsyen naiktaraf aspek pengendalian seperti penggunaan suspensi yang lebih rendah dan keras, strut bar dan sistem brek yang lebih kuat.

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, Blitz tidak mahu ketinggalan untuk memperlihatkan secara rasmi konsep modifikasi yang…