BLUESHARK, HYPERGEAR TAWAR HADIAH MENARIK UNTUK PERADUAN SEMPENA AIDILFITRI

oleh Firdaus Razani|
Jenama skuter elektrik tercanggih, Blueshark baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan Hypergear untuk kempen peraduan sempena Hari Raya Aidilfitri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerjasama ini memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai tarikan kedua-dua jenama dan produk masing-masing menjelang perayaan Hari Raya.

Ia juga memberi peluang menarik untuk orang ramai memenangi hadiah menarik untuk meraikan musim perayaan ini.

Hypergear Malaysia mengadakan satu peraduan ‘Spend and Win’ yang menarik, bermula dari 18 Mac hingga 30 April 2024 dan berpeluang memenangi hadiah menarik, termasuk Hadiah Utama dari Blueshark Malaysia.

 

blueshark

 

Cara untuk sertai peraduan tersebut adalah seperti berikut;

1. Beli mana-mana produk Hypergear dari Laman Web Rasmi Hypergear, kedai rasmi Hypergear di Lazada, Shopee, TikTok, kedai runcit Hypergear, peniaga Hypergear yang sah ("Bukti Pembelian”), tidak termasuk produk tanpa hologram QR (lihat 'Produk dikecualikan daripada peraduan').

2. Gores dan imbas kod QR hologram pada pembungkusan produk, daftar dan/atau log masuk.

3. Klik ‘Join Now’ pada pertandingan Hypergear Scan and Win. Isikan butiran yang diperlukan (Nama penuh, nombor Kad Pengenalan, Nombor Perhubungan, Alamat) dan klik hantar.

 

Hadiah yang bakal dimenangi pemenang adalah seperti berikut;

Hadiah utama: 1 x Blueshark R1 (spek tertinggi) sewa percuma selama 1 tahun dengan sewaan dwi-bateri percuma selama 1 tahun [1 pemenang]

Hadiah kedua: 2 x Polar Unite Watch [2 pemenang]

Hadiah ketiga: 10 x Kad Hadiah Hypergear RM200 [10 pemenang]

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.hypergear.com.my/

Sebagai sebahagian daripada kempen "RAYA R1A Bersama Blueshark", Blueshark juga memulakan siri roadshow di pelbagai cawangan AEON BiG dari Mac hingga Julai.

Di roadshow tersebut, orang ramai berpeluang untuk melihat lebih dekat dan menunggang uji Blueshark Skuter elektrik pintar R1.

Selain itu, menangi hadiah, tawaran eksklusif, dan cabutan bertuah percuma daripada Hypergear juga menanti pengunjung, yang hanya perlu like dan ikuti halaman Facebook Blueshark Malaysia.

Selain itu, setiap tempahan Blueshark R1 melayakkan pelawat untuk 'Spin & Win’ untuk produk Hypergear yang menarik bernilai sehingga RM480, tambahan RM400 dalam kredit Boost.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
BlueStations baharu yang dipasang di stesen Petronas terpilih di pelbagai lokasi membolehkan lebih…
Berita Domestik
Secara bersama, program itu bertujuan menukar 80,000 rakan kongsi pemandu dan rakan penghantaran…