BMW 2 Series Coupe dapat talaan Manhart - 444 hp, 650 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Dilancarkan beberapa bulan yang lalu, BMW 2 Series Coupe ditawarkan dalam varian 230i (255 hp/400 Nm) dan M240i yang lebih berkuasa (382 hp/500 Nm) dengan sistem pacuan xDrive.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Versi M2 yang lebih agresif mungkin tidak akan hadir dalam masa terdekat, namun bagi mereka yang gilakan kuasa kuda, Manhart mempunyai jawapan yang tersendiri.
 

Manharty


Dinamakan sebagai projek Manhart MH2 450, Manhart menawarkan talaan MHtronik Powerbox dan sistem ekzos keluli tahan karat yang mampu meningkatkan kuasa kuda kepada 444 hp dan 650 Nm, jauh lebih berkuasa berbanding sebuah M4 standard dengan 473 hp dan 550 Nm!

Manhart turut menawarkan naik taraf suspensi jenis rendah, fungsi kepak pada sistem ekzos, membuang sistem OPF/GPF, sistem perpaipan tanpa penukar bermangkin, serta sistem ekzos sport dengan penukar bermangkin 200 sel.
 

manhart


Untuk menaikkan seri coupe dua pintu ini, Manhart melengkapkannya dengan rim Concave One bersaiz 20 inci, jalur dekorasi sisi, serta pelbagai opsyen kit gentian karbon.

Seperti biasa, tiada sebarang tanda harga didedahkan, namun bagi mereka yang sudah terbiasa dengan jenama Manhart sudah pasti tersenyum mengenangkan harga yang perlu mereka laburkan..

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jika sebelum ini mereka memperlihatkan projek Integrale 400, kali ini Manhart mendedahkan pula…
Berita Global
Ini kerana dalam bentuk standard kilang sekalipun Defender didatangkan dengan bermacam-macam ciri…
Berita Global
Sebagai menyambut 'pemergian' nadi V8 tersebut, firma talaan Jerman, Manhart tampil dengan sebuah…