BMW 2 Series Gran Coupe - seteru kepada Mercedes-Benz CLA

oleh Mohamad Hanif|
Bagi memberikan lebih opsyen kepada para peminatnya, BMW secara rasmi melancarkan 2 Series Gran Coupe, sebuah sedan empat pintu yang duduk ditengah-tengah antara mereka yang mahukan 1 Series serta 3 Series yang lebih besar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibangunkan atas pelantar pacuan roda hadapan 1 Series, 2 Series Gran Coupe mempunyai proporsi badan yang sedikit aneh, walaupun para jurutera BMW cuba sedaya upaya untuk mengambil inspirasi daripada jentera yang lebih premium 8 Series Gran Coupe.

Oleh kerana asalnya merupakan pelantar pacuan roda hadapan, hasil akhir sedan 2 Series Gran Coupe mempunyai dimensi yang menampakkan ia menyerupai ketinggian SUV coupe. 

 


Dengan jarak antara roda sepanjang 2,670 mm, BMW 2 Series Gran Coupe menawarkan ruang kargo sebesar 430 liter dan boleh ditambah kapasitinya dengan kerusi belakang yang boleh dilipat dengan nisbah 40/20/40.

Rekaan dalaman juga turut membawakan keseluruhan elemen 1 Series, seperti reka bentuk papan pemuka, skrin instrumen digital, skrin sentuh 10.25 inci yang mana posisinya lebih mesra pemandu serta ciri BMW Personal Assistant yang boleh diaktifkan dengan kata sapaan 'Hey BMW'.

Terdapat juga kehadiran paparan head-up bersaiz 9.2 inci yang menyalurkan informasi berguna tanpa perlu pemandu mengalihkan tumpuan dengan lebih kerap. 
 


Peralatan standard yang dilengkapkan pada sedan coupe ini termasuklah ciri bantuan parkir, stereng balutan kulit sporty, lampu utama LED, kerusi hadapan berkuasa, serta sambungan kepada Apple CarPlay. 

Ciri keselamatan juga tidak diabaikan seperti Amaran Pelanggaran Hadapan, fungsi Mitigasi Pelanggaran dalam Bandar, Pemantauan Titik Buta Aktif, serta Amaran Keluar Laluan yang beroperasi pada julat kelajuan 70-240 km/j. 
 


Terdapat dua pilihan varian yang ditawarkan iaitu:
 

228i xDrive 

  • enjin 2.0 liter turbo menghasilkan 228 kuasa kuda dan 350 Nm daya kilas
  • pecutan 0-100 km/j dalam masa 6.0 saat
  • halaju maksimum 243 km/j (dihadkan secara elektronik)

M235i xDrive

  • enjin 2.0 liter turbo menghasilkan 301 hp dan 450 Nm
  • pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.7 saat (4.6 saat dengan ciri overboost M Performance Package)
  • halaju maksimum 250 km/j

Jika dibandingkan dengan varian asas, varian M235i xDrive tampil dengan beberapa tambahan ciri seperti kit badan M Sport, trim dalaman M Sport, rim aloi bersaiz 18 inci, sistem suspensi, stereng dan brek yang dinaik taraf, serta LSD gandar hadapan Torsen. 
 


Kedua-dua varian didatangkan standard dengan pacuan semua roda dan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan. 

BMW 2 Series Gran Coupe akan membuat kemunculan rasmi di AutoMobility LA pada November 2019, manakala produksi akan bermula pada tahun hadapan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
BMW i4 eDrive40 M Sport membawakan konfigurasi pacuan roda belakang selain menampilkan elemen…
Pelancaran
Serentak dengan itu, BMW turut memperlihatkan kolaborasi dengan empat organisasi bukan kerajaan (…
Model Terbaharu
Kedua-dua model tersebut hadir dengan enjin S63 bentangan V8 berkapasiti 4.4 liter yang mampu…