BMW 3 Series 2023 facelift dilancarkan - Apple CarPlay, Android Auto sebagai ciri standard, dari RM284 ribu

oleh Mohamad Hanif|
BMW Malaysia hari ini melancarkan kemaskini terhadap sedan mewah paling laris di Malaysia dengan tiga varian utama, serta penambahan ciri standard yang dipertingkatkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tiga varian utama yang dimaksudkan itu ialah BMW 320i M Sport, BMW 330i M Sport serta sebuah model plug-in hybrid BMW 330e M Sport, kesemuanya merupakan model pemasangan tempatan (CKD).

Antara perubahan yang dibawakan termasuklah struktur jeriji ikonik yang lebih muskular, unit lampu utama LED yang dikemaskini beserta lampu nyalaan siang berbentuk L terbalik.
 

bmw


Kesemua varian tersebut datang standard dengan pakej M Sport, rim aloi M jenis Double-spoke 848 M Bicolour bersaiz 18 inci, diikuti pakej M Aerodynamics dan M High-gloss Shadowline.

Sistem suspensi M Sport hanya ditawarkan untuk varian petrol, sementara varian PHEV dilengkapi dengan sistem suspensi adaptif M.

Kemasan luar diakhiri dengan tip ekzos berkembar di mana diameter lubang telah dibesarkan kepada 100 mm untuk penampilan yang lebih sporti.
 

bmw


Perubahan besar dibawakan pada ruang kabin, di mana sedan 3 Series itu kini menampilkan skrin melengkung BMW Curved Display yang merupakan gandingan skrin paparan info 12.3 inci dan skrin paparan tengah 14.9 inci.

Ciri standard yang dimuatkan termasuklah roda stereng dengan paddle shifter, kemasan M Sport Package (pedal M, tempat duduk sport, roda stereng kulit Walknappa M, headliner M Anhtracite, paparan unik M pada skrin kluster dan trim M Aluminium Rhombicle Anthracite), serta upholsteri kulit hitam Vernasca untuk 320i M Sport atau Mocha untuk varian 330i M Sport dan 330e M Sport.

Selain itu, BMW 3 Series facelift turut mendapat ciri BMW Live Cockpit Professional yang dikuasakan oleh BMW Operating System 8, BMW Intelligent Personal Asistant, Comfort Access, serta ciri Connected Package Professional yang turut merangkumi sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto.
 

bmw


Ciri Driving Assistant pula membawakan kelengkapan keselamatan seperti:

  • Amaran Keluar Lorong (dengan intervensi stereng aktif)
  • Amaran Penukaran Lorong
  • Amaran Pelanggaran Hadapan (dengan intervensi brek)
  • Amaran Lintaran Trafik Belakang
  • Amaran Pelanggaran Belakang
  • Informasi Had Kelajuan
  • Bantuan Had Kelajuan (manual)

Dari segi kuasa, BMW 320i M Sport mengekalkan enjin 2.0 liter turbo berkuasa 184 hp dan 300 Nm, di mana pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 7.4 saat sebelum mencapai kelajuan 235 km/j yang dihadkan secara elektronik.

BMW 330i M Sport pula hadir dengan talaan 258 hp dan 400 Nm, di mana pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 5.8 saat, dan kelajuan maksimum 250 km/j.

Sementara varian PHEV 330e M Sport dipadankan dengan motor elektrik 109 hp/265 Nm, dengan output keseluruhan 292 hp dan 420 Nm di mana pecutan 0-100 km/j sekitar 5.8 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 230 km/j.
 

bmw


Harga jualan adalah seperti berikut:

  • BMW 320i M Sport 2023 - RM283,800
  • BMW 330e M Sport 2023 - RM298,800
  • BMW 330i M Sport 2023 - RM317,800

Setiap pemilik BMW 3 Series baharu ini akan mendapat pengalaman pemilikan BMW Group Malaysia Premium Ownership yang merangkumi:

  • Jaminan tanpa had perbatuan lima tahun dengan program servis berjadual percuma
  • Bantuan tepi jalan dan Talian Hotline Kemalangan BMW
  • BMW Group Loyalty+ Mobile App - BMW Priveleges Card
  • BMW Service Online

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sedan elektrik mewah itu kini dilengkapi standard dengan Pengecas Profesional AC yang memiliki…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi…