BMW 3 Series 2023 facelift dilancarkan dengan rupa paras dikemaskini

oleh Mohamad Hanif|
BMW akhirnya secara rasmi melancarkan versi facelift kepada model sedan 3-Series 2023 yang membawakan beberapa perubahan bersifat kosmetik, penambahbaikan terhadap sistem infotainmen serta penawaran warna baharu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Perubahan yang ketara dibawakan adalah rekaan unit lampu depan yang kini lebih nipis dan bersih rekaannya tanpa sebarang takuk seperti model terdahulu, diikuti dengan unit DRL berbentuk L terbalik dan sedikit kemasan pada jeriji buah pinggang.
 

3 Series


Rekaan bampar depan dan belakang kini sedikit agresif, namun untuk versi facelift kali ini BMW membawakan rekaan rim aloi serba baharu dan penawaran warna baharu termasuklah Skyscraper Grey metallic, dan Brooklyn Grey metallic (M340i).

Seperti biasa, BMW turut menawarkan pakej M Sport kepada model 330i dan 330e, sementara varian M340i dan M340i xDrive pula mendapat penampilan yang lebih unik seperti rekaan jeriji bawah berjaring, tip ekzos trapezoid, spoiler belakang M, serta boleh dilengkapi dengan pakej klasik BMW Motorsport.
 

330


Perubahan yang besar turut dibawakan pada ruang kabin di mana BMW 3-Series kini didatangkan dengan skrin lebar yang terdiri daripada paparan kluster digital 12.3 inci, skrin tengah bersaiz 14.9 inci, sistem operasi BMW Operating System dan dibantu dengan ciri BMW Intelligent Personal Assistant.

BMW 3-Series 2023 masih lagi ditawarkan dengan varian yang sama seperti model terdahulu, di mana varian 330i hadir dengan enjin 2.0 liter turbo (255 hp/400 Nm), manakala varian 330e pula mendapat talaan kuasa setinggi 288 hp dan 420 Nm.
 

330


Versi yang paling bertenaga M340i didatangkan dengan nadi enam silinder sebaris 3.0 liter yang mampu menjana kuasa 382 hp dan 500 Nm.

Kesemua varian dipadankan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Setelah diperkenalkan sejak Jun tahun lalu, SUV mewah ini mengimbangkan penambahbaikan terkini…
Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…
Berita Global
Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, Kia Carnival versi facelift itu kini membawakan muka…