BMW 3 Series Gran Limousine Iconic Edition dapat gril bercahaya untuk pasaran India

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada versi standard, BMW 3 Series turut mendapat versi jarak antara roda yang lebih panjang (LWB) yang sangat popular di China, dan turut sama menerjah pasaran Malaysia beberapa bulan yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sementara itu, BMW baharu sahaja melancarkan model Iconic Edition dengan beberapa ciri yang unik khusus untuk pasaran India sahaja.

3 Series Iconic Edition ini boleh dibezakan dengan model standard menerusi penawaran gril bercahaya BMW Iconic Glow Kidney Grille, dipadankan dengan unit lampu LED standard depan dan belakang.
 

BMW


Selain daripada itu, keempat-empat sudut dipasangkan dengan rim bersaiz 18 inci, selain pilihan warna luaran yang merangkumi Mineral White, Carbon Black, atau Cashmere Silver, serta gandingan warna dalaman Cognac atau hitam.

Ruang kabin mendapat kemasan khas Exclusive Crystal Gear Shift Knob yang lengkap dengan nombor 3 beriluminasi seperti yang ada pada model-model bertaraf mercu BMW.

Penawaran standard yang lain untuk BMW 3 Series Gran Limousine Iconic Edition ini termasuklah tempat duduk balutan Vernasca, sistem kawalan iklim tiga zon automatik dengan penapis karbon aktif, bumbung kaca panorama, skrin kluster digital 12.3 inci, skrin infotainmen 10.25 inci, sistem bunyi Harman Kardon Surround Sound dengan 16 pembesar suara, slot pengecasan nirwayar, serta ciri keselamatan Parking Assistant dan Reversing Assistant.
 

BMW


Untuk pasaran India, para pembeli boleh mendapatkan 3 Series LWB ini dengan pilihan enjin petrol 2.0 liter turbo (258 hp) atau enjin diesel 2.0 liter (190 hp/400 Nm) dengan pilihan kotak gear automatik lapan kelajuan.

Dengan fungsi Launch Control, pemandu boleh memecut sepantas 6.2 saat dari 0-100 km/j, atau 7.6 saat menggunakan enjin diesel.

Harga jualan bermula dari ₹5,350,000 (RM296,466) untuk versi 330Li atau ₹5,490,000 (RM304,224) untuk versi 320Ld.

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan Vision Neue Klasse sebagai kelahiran semula BMW untuk era baharu, ia akan menumpukan pada…
Pelancaran
Tiga varian utama yang dimaksudkan itu ialah BMW 320i M Sport, BMW 330i M Sport serta sebuah model…
Berita Domestik
Untuk varian 320i M Sport Edisi Terhad, ia hadir dengan pakej penggayaan M Sport termasuklah rim…