BMW 3-Series Touring 2020 tawar ruang kargo sehingga 1,510 liter

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pasaran Eropah ternyata masih lagi mencintai segmen wagon/station wagon/estate/touring dan tidak menghairankan apabila sesetengah pengeluar masih setia untuk memproduksikan kereta tersebut. 

Malah, segmen wagon ini ada kalanya lebih meriah jika dibandingkan dengan beberapa segmen yang menguasai pasaran dunia yang lain.

Bagi mereka yang mahukan sebuah 3-Series yang lebih praktikal untuk kegunaan seharian, BMW baharu sahaja memperkenalkan secara rasmi model BMW 3-Series Touring 2020. 
 


Jika dibandingkan dengan model Touring yang terdahulu, 3-Series Touring baharu ini nyata lebih besar dimensinya dengan jarak antara roda telah dipertingkatkan sebanyak 41 mm kepada 2,851 mm. 

Menurut BMW, 3-Series Touring ini membawakan pemanduan yang lebih sporty, terima kasih kepada titik graviti yang lebih rendah dan pembahagian berat ideal 50-50. 

Aspek casis juga telah ditambah baik, dengan kadar ketegaran naik 25 peratus, manakala pembeli juga boleh memilih sistem suspensi M Sport yang merendahkan lagi badan 3-Series Touring ini sebanyak 10 mm. 
 


Dari segi luaran, versi wagon ini sama seperti kembar sedannya menampilkan front fascia yang lebih garang, terima kasih kepada lampu utama yang lebih agresif, gril kidney yang lebih besar dan rel bumbung yang didatangkan sebagai ciri standard. 

Versi Touring nyata menawarkan lebih ruang yang luas kepada penumpang dan mampu menawarkan kira-kira 500 liter ruang kargo di bahagian belakang. 

Apabila kerusi baris kedua dibaringkan, kapasiti ini mampu bertambah sehingga 1,510 liter dan terdapat ciri penggunaan jaring yang memisahkan antara ruang pemandu dan baris kedua. 
 


Penawaran enjin pula adalah seperti berikut: 

Enjin petrol empat silinder sebaris
320i Touring - 184 hp
330i Touring - 258 hp

Enjin petrol enam silinder sebaris
M340i xDrive Touring - 374 hp

Enjin diesel empat silinder sebaris
318d Touring - 150 hp
320d Touring - 190 hp

Enjin diesel enam silinder sebaris 
330d xDrive Touring - 265 hp

Kesemua enjin diesel empat silinder sebaris hadir dengan penawaran transmisi manual enam nisbah kelajuan dan transmisi Steptronic lapan nisbah kelajuan sebagai opsyen. 

Manakala varian yang lain hadir dengan transmisi Steptronic sebagai ciri standard. 
 


Tidak banyak pasaran yang akan menerima BMW 3-Series Touring ini melainkan Eropah, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, Australia dan New Zealand dan ia akan rasmi dilancarkan pada 28 September nanti. 

Harga jualan juga dijangka akan diumumkan kelak. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan Vision Neue Klasse sebagai kelahiran semula BMW untuk era baharu, ia akan menumpukan pada…
Pelancaran
Tiga varian utama yang dimaksudkan itu ialah BMW 320i M Sport, BMW 330i M Sport serta sebuah model…
Berita Domestik
Untuk varian 320i M Sport Edisi Terhad, ia hadir dengan pakej penggayaan M Sport termasuklah rim…