BMW 3.0 CSL 2023 - 553 hp, 550 Nm, transmisi manual, hanya 50 unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Masih ingatkah anda pada model konsep 3.0 CSL Hommage yang diperlihatkan beberapa tahun yang lalu?

CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Kini, ia dijelmakan semula dan direalisasikan sebagai sebuah model yang paling eksklusif pernah dihasilkan dalam sejarah BMW M.

3.0 CSL yang lebih moden ini menggunakan asas daripada BMW M4, namun dengan rekaan gril yang diinspirasikan daripada model konsep Hommage sebelum diakhiri dengan kemasan yang unik.
 

3.0 CSL


Sementara unit lampu utama laser dengan aksen kuning itu disumberkan daripada model M4 CSL, namun dengan rekaan yang lebih kemas.

Profil sisi pula menampilkan tambahan fender yang menjadikan 3.0 CSL ini tampak berisi, disusuli dengan rim tempa kekunci tengah bersaiz 20 inci depan dan 21 inci belakang dengan kemasan emas.

Tayar Michelin yang digunakan itu dihiasi dengan angka 50 pada dinding sisi yang menandakan ulang tahun ke-50 M.
 

CSL


Yang paling jelas ketara di bahagian belakang adalah sayap lebar kekal yang merujuk kepada ciri yang terdapat pada model klasik, serta tambahan spoiler pada penghujung bumbung - mengingatkan kita kepada model E9 3.0 CSL Batmobile.
 
BMW 3.0 CSL dikuasakan oleh enjin enam silinder 3.0 liter turbo berkembar yang mampu menjana 553 hp dan daya kilas 550 Nm, sedikit rendah berbanding M4 Competition dan M4 CSL.
 

CSL


Kenapa? Ini kerana model eksklusif ini hanya dipadankan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan sahaja.

Kuasa itu disalurkan kepada roda belakang dan dibantu dengan komponen differential M.

Sistem brek menggunakan cakera seramik karbon sementara aspek pengendalian jentera ini diserahkan kepada suspensi adaptif M dengan penyerap hentak kawalan elektronik.
 

CSL


Susun atur ruang kabin 3.0 CSL ini tidak membawakan perbezaan yang ketara, melainkan tempat duduk bucket gentian karbon, trim CFRP pada panel pintu, diikuti dengan tombol gear manual berwarna putih.

Pada bahagian papan pemuka pula terdapat nombor siri individu di mana hanya 50 unit sahaja BMW 3.0 CSL yang akan diproduksikan.

Setiap satu BMW 3.0 CSL ini akan dilayangkan warna putih Alpine dan grafik BMW M.
 

cxl


BMW berkata, kesemua 50 unit dijangka siap dalam tempoh tiga bulan. Harga jualan belum didedahkan buat masa ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kereta yang dimaksudkan adalah BMW 3.0 CSL, di mana Jeremy Clarkson mendedahkan beliau menjual…