BMW 320i Sport Pilihan ‘Smart Buy’ Dalam Dunia Premium

oleh Qalif Latif|
BMW Malaysia memperkenalkan varian pemasangan tempatan (CKD) terbaharu untuk model 3 Series yang paling laris, iaitu BMW 320i Sport, sempena penganjuran MY BMW World 2025. Sedan eksekutif segmen D ini tampil lebih bergaya dengan teknologi digital terkini serta reka bentuk yang dikemaskini menjadikannya antara pilihan paling bernilai dalam barisan model BMW Malaysia hari ini.

Reka Bentuk Luaran yang Elegan & Sporty

BMW 320i Sport mengekalkan identiti klasik 3 Series bonet panjang, overhang pendek dan siluet sporty. Gril kidney ikonik kini berkemasan Pearl Chrome, dipadankan dengan elemen Aluminium Satinated di sekeliling badan. Lampu utama LED hadir standard bersama high-beam assistant, sementara lampu ambien menghiasi kawasan pemegang pintu untuk gaya lebih premium.

320

Rim aloi ringan 18-inci dalam gaya V-spoke 780 Bicolour dengan tayar runflat membangkitkan lagi aura dinamik sedan ini.

Dalaman Lebih Digital dengan BMW Curved Display

320

Bahagian dalam menyaksikan penggunaan panel instrumen yang lebih nipis dengan corong penyaman udara baharu, digabung bersama BMW Curved Display bersaiz 12.3-inci untuk kluster digital dan 14.9-inci untuk paparan tengah. Sistem ini dijana oleh BMW Operating System 8.5 dengan QuickSelect, membolehkan akses pantas kepada fungsi utama seperti navigasi, hiburan, dan tetapan kenderaan.

Turut ditawarkan standard ialah BMW Live Cockpit Professional yang merangkumi BMW Head-Up Display dan sistem Augmented View Navigation.

320

Teknologi & Keselesaan Bertaraf Tinggi

Keselesaan pemandu dipertingkat menerusi stereng sport, kemasan dalaman Dark Graphite matt, tempat duduk Sensatec Perforated Black, sistem pendingin hawa automatik, akses pintar, dan sistem cermin auto-anti silau.

Pengalaman audio pula diserahkan kepada sistem pembesar suara HiFi yang menyampaikan bunyi yang seimbang dan jelas di seluruh kabin.

Enjin TwinPower Turbo 184hp

Di sebalik bonet, 320i Sport menempatkan enjin 2.0L BMW TwinPower Turbo 4-silinder, menghasilkan 184 hp dan 300 Nm tork. Dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan Steptronic Sport dan pacuan roda belakang (RWD), sedan ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 7.4 saat, dengan kelajuan maksimum 235 km/j.

Bantuan Pemanduan & Parkir Lengkap

BMW 320i Sport turut dilengkapi sistem bantuan pemanduan menyeluruh termasuk Active Cruise Control dengan fungsi Stop&Go, Driving Assistant (Lane Change Warning, Speed Limit Info, Rear Crossing Traffic Alert, Exit Warning) serta Parking Assistant Plus yang merangkumi Park Assist, Reversing Assistant, Surround View, Remote 3D View, Drive Recorder dan Anti-Theft Recorder.

Warna, Dimensi & Harga

Model ini ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu Alpine White, Skyscraper Grey, Black Sapphire dan Arctic Race Blue, manakala bahagian dalaman hadir dalam tema hitam eksklusif.

Dari segi ukuran, BMW 320i Sport berukuran 4,713 mm panjang, 1,827 mm lebar dan 1,440 mm tinggi, dengan jarak roda 2,851 mm dan kapasiti but 480 liter.

Harga tidak termasuk insuran bermula dari RM 290,000.00

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sehingga Mac 2026, BMW Group Malaysia telah menghantar lebih 38,700 unit EV merangkumi model…
Berita Domestik
Ditubuhkan pada tahun 2010, Auto Bavaria Kuala Lumpur kini berkembang jauh melangkaui peranan…
Berita Domestik
Melalui program ini, BMW Malaysia menekankan pengalaman pemilikan premium walaupun bagi kenderaan…