BMW 320i Sport Versi CKD dilancarkan

oleh SALINA JALIL|
BMW Malaysia melancarkan sedan 320i Sport versi pemasangan tempatan (CKD) bagi membuktikan komitmen BMW dalam inisiatif pelaburan yang berterusan di dalam negara.
AION MREC Banner Campaign May 2024

 

BMW 320i ini diberikan penampilan sporty yang didatangkan  dengan lampu kabus LED dan Air Curtains yang diintegrasikan dengan salur masuk udara luar, serta dimuatkan ke dalam komponen apron hadapan dengan penggayaan horizontal berbentuk T. Ia didatangkan dengan roda aloi rim 18 inci V-Spoke 780 dwiwarna.

 

Di bahagian kabin pula ia menampilkan penyaman udara automatik tiga zon, kemasan Aluminium ‘Mesheffect’, serta stereng sport yang dibalut kulit eksklusif.

 

Turut disertakan adalah BMW Live Cockpit Plus yang merangkumi paparan skrin bersaiz 5.7 inci berserta paparan kawalan sesentuh 8.8 inci.

 

Model ini turut didatangkan  dengan ciri Bantuan Mengundur (Reversing Assistant) yang menawarkan kemudahan pemanduan separa-autonomi ketika mengundur di laluan yang sempit beserta kamera undur.

 

 

Di bahagian enjin pula, model ini diberikan TwinPower Turbo 2.0-liter yang menghasilkan kuasa kuda sebanyak 184 hp dari 5,000 hingga 6,000 rpm dan 300 Nm dari 1,350 hingga 4,000 rpm.

 

Transmisi Steptronic Sport dengan lapan kelajuan, ia mampu  beraksi dari 0-100 km/j dalam masa 7.1 saat dengan kelajuan maksimum sehingga 235 km/j.

 

Terdapat lima warna pilihan iaitu Mediterranean Blue, Black Sapphire, Alpine White, Mineral Grey dan Sunset Orange beserta padanan upholsteri premium dari jenis kulit Vernasca.

 

 

Harga jualan bagi sedan BMW 320i Sport ini bermula dari RM243,800  (tanpa insurans) tetapi termasuk waranti tanpa had perbatuan selama lima tahun beserta  Program Servis Berjadual Percuma dan Program Waranti Tayar BMW.

 

seat