BMW 330i M Sport Baharu: Enjin 258hp, Rupa M, Jiwa Bavarian

oleh Qalif Latif|
BMW Group Malaysia meneruskan momentum pelancaran model CKD baharu dengan memperkenalkan satu lagi sedan prestasi BMW 330i M Sport, yang kini dipasang tempatan. Model ini mewakili gabungan rekaan ikonik, teknologi termaju dan karekteristik pemanduan sebenar BMW dalam pakej yang lebih berdaya saing untuk pasaran tempatan.

Lebih Tajam dan Sporty

Secara visual, BMW 330i M Sport mengekalkan siluet sedan klasik dengan bonet panjang dan overhang pendek. Gril buah pinggang berwarna hitam pekat memberi wajah garang, dipadankan lampu LED adaptif serta pencahayaan ambien pada kawasan luar pintu. Elemen aerodinamik M seperti spoiler belakang dan kemasan Shadowline berkilat tinggi menyerlahkan lagi identiti sporty model ini.

330

Rim aloi ringan M 19 inci rekaan double spoke 996 M Bicolour turut menjadi kelengkapan standard, bersama tailgate automatik untuk kemudahan harian.

Kabin BMW OS 8.5 Penuh Digital

330

Masuk ke kabin, pengguna akan disambut oleh paparan digital BMW Curved Display merangkumi kluster meter 12.3 inci dan skrin tengah 14.9 inci. Ia beroperasi menerusi BMW Operating System 8.5 dengan antaramuka QuickSelect, membolehkan akses pantas ke fungsi utama seperti navigasi, hiburan dan tetapan kenderaan.

Ciri standard turut merangkumi:

  • BMW Live Cockpit Professional

  • Head-Up Display

  • Navigasi dengan Augmented View

  • Butang kawalan galvanik

  • Tempat duduk sports dengan upholsteri Sensatec berlubang

  • Stereng M kulit dan kemasan Aluminium Rhombicle Anthracite

  • Sistem audio HiFi, kawalan suhu automatik, ambient lighting, dan banyak lagi.

     

Prestasi Seperti M, Tanpa Overkill

Jantung kepada sedan ini ialah enjin 2.0L TwinPower Turbo 4-silinder yang menghasilkan 258 hp dan 400 Nm, disalurkan ke roda belakang menerusi transmisi 8-kelajuan Steptronic Sport. Hasilnya, pecutan 0-100 km/j hanya mengambil masa 5.8 saat, dengan kelajuan maksimum dicatatkan pada 250 km/j.

Suspensi talaan M bersama keseimbangan berat yang baik memastikan pemanduan kekal mantap di selekoh dan selesa di lebuh raya.

Bantu Pemandu Macam Ada Co-Driver

Untuk keselamatan dan kemudahan pemanduan, BMW 330i M Sport didatangkan dengan:

  • Driving Assistant (termasuk Lane Change Warning, Speed Limit Info, Exit Warning, dan Rear Crossing Traffic Alert)

  • Active Cruise Control dengan fungsi Stop&Go

  • Parking Assistant Plus – lengkap dengan Park Assist, Reversing Assistant, Surround View, Remote 3D View, Drive Recorder dan fungsi rakaman kecurian (Anti-Theft Recorder).

Pilihan Warna & Dimensi

Model CKD ini hadir dalam empat warna luaran:

  • Alpine White

  • M Brooklyn Grey

  • Black Sapphire

  • Arctic Race Blue

Dalaman pula dilengkapi kemasan Sensatec Perforated dalam warna hitam.

Dimensi:

  • Panjang: 4,713 mm

  • Lebar: 1,827 mm

  • Tinggi: 1,440 mm

  • Jarak roda: 2,851 mm

  • Berat kosong: 1,590 kg

  • Kapasiti but: 480 liter

Dengan pengenalan BMW 330i M Sport versi CKD ini, BMW bukan saja menambah barisan model tempatan mereka, malah mengukuhkan lagi komitmen terhadap prestasi, teknologi dan gaya yang digemari peminat sedan segmen premium.

BMW tawarkan 2 harga untuk model 330i M Sport:
RM 313,800.00 dan RM 340,200.00 pula termasuk pakej servis, baik pulih dan jaminan lanjutan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kempen ini mengetengahkan barisan penuh kenderaan elektrik BMW yang merangkumi model popular…
Model Terbaharu
Reka Bentuk Luaran yang Elegan & Sporty BMW 320i Sport mengekalkan identiti klasik 3 Series …
Model Terbaharu
Diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2020, model Gran Coupé ini kini menerima evolusi…