BMW 4 Series - gambar bocor tampilkan hidungnya yang besar itu

oleh HEZERI SAMSURI|
Gambar-gambar bocor yang dipercayai diambil di kilang BMW sendiri menunjukan apa yang dipercayai sebagai model 4-Series terbaharu untuk jenama dari Munich itu.

Jelas kelihatan ialah gril besar yang mengimbau kembali rekabentuk BMW 328 dahulu, walaupun model klasik itu mempunyai hidung berkembar yang tinggi tetapi ramping.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Lampu hadapan pula unik dan tidak dikongsi dengan mana-mana model BMW yang lain. Namun begitu, lampu belakang kelihatan seperti diambil dari 8-Series.

Apa pun, model 4-Series ialah varian dua pintu untuk 3-Series dan ia seharusnya nampak lebih garang.

BMW yakin melalui kajian mereka, pelanggang sebenar sukakan hidung besar itu.

"Cuma netizen dan media sahaja yang tak sukakan hidung baharu BMW," ujar seorang kaki BMW tempatan.


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Lambat laun, suka atau tidak, kita terpaksa menerima kenyataan bahawa tidak ramai yang gemar dengan…
Berita Domestik
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar bersama sebuah jentera dikejarkan ke…
Berita Global
Ia berikutan dengan pelaburan sebanyak €650 juta (RM3.3 billion) untuk memperluaskan serta menaik…