BMW 7 Series 2023 rasmi di pasaran Malaysia - Dua varian 750e CKD, harga bermula dari RM649,800

oleh Danial Yasin Suhaimi|
BMW Malaysia telah melancarkan dua varian BMW 7 Series PHEV 2023, 750e xDrive M Sport dan 750e xDrive Pure Excellence yang dipasang secara tempatan (CKD).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi saiz, BMW 7 Series baharu memiliki ukuran 5,391 mm panjang, 1,950 mm lebar, 1,544 mm tinggi dan 3,215 mm jarak roda. Untuk pengetahuan, generasi 7 Series baharu kini tidak lagi menawarkan jarak roda pendek, jadi penggunaan nama L tidak diperlukan.

Kedua-dua varian dikuasakan trenkuasa PHEV yang sama, iaitu enjin 6 silinder sebaris 3.0 liter TwinPower Turbo bersama motor elektrik, dipadankan bersama transmisi automatik Steptronic 8 kelajuan dan sistem pacuan semua roda (AWD) xDrive.

Semua itu menghasilkan keluaran kuasa sehingga 483 HP dan 700 Nm, yang membolehkan model tersebut memecut dari 0-100 kmj dalam masa 4.8 saat, dengan kelajuan tertinggi sehingga 250 kmj.

2

Motor elektrik itu juga membantu ia bergerak tanpa bantuan enjin dengan jarak gerak sehingga 87 km, dan kelajuan tertinggi sehingga 140 kmj.

Motor elektrik itu dikuasakan oleh bateri litium ion berkapasiti 18.7 kWj, dimana ia menyokong pengecasan AC (Type 2) 7.4 kW yang mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk penuh.

Pada bahagian luaran, kedua-dua 750e xDrive M Sport dan 750e xDrive Pure Excellence didatangkan dengan jeriji buah pinggang dengan ciri iluminasi BMW Iconic Glow.

2

Di bahagian depan, ia turut menampilkan rekaan lampu DRL tirus di bahagian atas, dan lampu utama LED kristal yang terpisah dari DRL, dan rekaan lampu berbentuk L di bahagian belakang.

Antara perbezaan yang dibawakan oleh kedua-dua varian itu ialah 750e xDrive Pure Excellence dilengkapi dengan rim aloi dwiruji sport 19 inci dalam penggayaan 903.

Manakala 750e xDrive M Sport pula dilengkapi rim aloi aerodinamik M 20 inci, dwiwarna dalam penggayaan 907.

4

750e xDrive M Sport turut didatangkan dengan beberapa kemasan tambahan lain seperti Shadow Line M berglos tinggi dan ambang sisi M hitam berglos tinggi dan trim kayu halus berglos tinggi M dalam warna hitam ‘fineline’.

Pada bahagian dalaman, ia dilengkapi dengan skrin melengkung BMW Curved Display, lengkap bersama BMW Live Cockpit Professional yang menampilkan gandingan skrin paparan info 12.3 inci dan skrin paparan tengah 14.9 inci.

Ianya turut lengkap bersama BMW Operating System 8, BMW Intelligent Personal Asistant, Comfort Access, serta ciri Connected Package Professional yang turut merangkumi sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto.

 

5

 

Untuk 750e xDrive M Sport juga ia dilengkapi BMW Theatre Screen yang merangkumi skrin panoramik 31.3 inci beresolusi 8K, bersama port HDMI yang boleh menyambung peranti lain.

Dari segi bantuan pemanduan pula, 750e xDrive M Sport didatangkan dengan Driving Assistant Plus, manakala BMW 750e xDrive Pure Excellence baharu membawakan Driving Assistant Professional.

Untuk pasaran Malaysia, BMW 7 Series baharu ditawarkan dengan pilihan warna Oxide Grey Metallic, Black Sapphire Metallic dan Mineral White Metallic.

6

Khusus untuk 750e xDrive M Sport, ia ditawarkan dengan tambahan warna M Brooklyn Grey Metallic, manakala 750e xDrive Pure Excellence dengan tambahan warna Sophisto Grey Metallic.

Bahagian dalaman pula dihiasi dengan kulit Merino dengan pilihan warna hitam atau Tartufo.

Harga yang ditawarkan bermula dari RM649,800 untuk BMW 750e xDrive Pure Excellence, dan RM700,000 untuk 750e xDrive M Sport, kedua-duanya atas jalan tanpa insurans.

Bagi menawarkan pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh, harga yang ditawarkan merangkumi:

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun berserta Program Servis Berjadual Percuma oleh BMW
  • Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ - Kad Keistimewaan BMW
  • Servis Dalam Talian BMW

BMW Group Financial Services juga menawarkan pelan pembiayaan “Straight Line”, dimana 750e xDrive Pure Excellence boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM 7,480.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada acara itu, pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu…
Berita Domestik
Tidak seperti model terdahulu yang boleh didapati dalam varian xDrive40, BMW iX 2024 kini tersedia…
Berita Domestik
BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan lebih daripada 15,000 unit kenderaan daripada BMW, MINI dan…