BMW 7 Series 2023: Tampil dengan rekaan lampu baharu, gril lebih besar

oleh Mohamad Hanif|
Generasi keenam sedan saiz penuh BMW 7 Series telah pun berada di pasaran sejak tahun 2015 dan kian berada di penghujung kitaran hayat.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Kelibat model ujian generasi baharu BMW 7 Series telah pun dikesan di luar negara sebelum ini, namun kali ini ia tampil dengan beberapa perincian yang mampu membezakannya dengan sedan generasi terdahulu.
 

7 Series


Perubahan ketara yang dapat dilihat pada sedan 7 Series ini adalah kehadiran unit lampu utama jenis terpisah, di mana unit lampu nyalaan siang LED diposisikan di bahagian atas sementara unit lampu utama pula di bahagian bawah.

Rekaan gril hadapan 7 Series juga nampaknya bakal mewarisi bentuk kontroversi yang ditampilkan pada model M3 dan M4.
 

7 Series


Di bahagian sisi pula, BMW 7 Series didatangkan dengan rekaan pemegang pintu yang tertanam dalam badan, serta tampalan pelekat Hybrid Test Vehicle yang memberikan petanda sedan 7 Series ini bakal didatangkan dengan unit trenkuasa hibrid serta versi plug-in hybrid.

Sementara di bahagian belakang menampilkan rekaan unit lampu yang lebih nipis, diikuti dengan posisi plat pendaftaran yang dialihkan daripada trunk lid ke bahagian bampar.
 

7 Series


Menurut laporan, versi elektrik i7 juga bakal dilancarkan kelak dan dikatakan mampu bersaing secara terus dengan model Mercedes-Benz EQS serta Tesla Model S.

Sumber: AutoEvolution

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun tidak dapat dinafikan, sedan 7 Series juga kini menjadi pilihan golongan pemimpin di mana…
Berita Global
Dengan adanya i7 Protection ia sekaligus menjadikannya sedan elektrik pertama di dunia yang…
Berita Global
Seperti yang dijangkakan, pendekatan bahasa rekaan yang digunakan oleh BMW kerap kali mengundang…