BMW 8 Series Coupe dilancarkan - varian M850i xDrive, harga dari RM1,088,800

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

BMW Malaysia akhirnya telah melancarkan sports car yang paling dinanti-nantikan, iaitu The 8 atau BMW 8 Series yang hadir dalam penawaran varian tunggal, iaitu M850i xDrive. 

Kereta sports bertaraf mercu (flagship) ini dikuasakan oleh enjin petrol 4.4 liter bentangan V8 twin-turbo yang mampu menghamburkan 530 PS dan daya kilas sebesar 750 Nm. 

 


Digandingkan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan Steptronic Sport, kuasa yang disalurkan kepada semua roda menerusi xDrive ini mampu menghasilkan pecutan sepantas 3.7 saat dari 0-100 km/j. 

Manakala kelajuan tertinggi pula dihadkan kepada 250 km/j secara elektronik. 


 


Dari segi kelengkapan asas, BMW 8 Series hadir dengan lampu utama BMW Laserlight (dengan bantuan suluhan tinggi), pakej aerodinamik M, spoiler belakang M, serta pakej Driving Assistant  terdiri daripada:

  • Lane Departure Warning,
  • Lane Change Warning,
  • Pedestrian Collision Warning,
  • Crossing Traffic Warning (front and rear),
  • Emergency Stop Assistant,
  • Steering and Lane Control Assistant,
  • Lane Keeping
  • Assistant with Active Side Collision Protection and Evasion Aid

Bagi menyalurkan kuasa secara berkesan, 8 Series ini didatangkan dengan tayar bersaiz 245/35 hadapan dan 275/30 di belakang yang membaluti rim aloi Y-spoke bersaiz 20 inci pada keempat-empat ruang arca roda. 


 


Di ruang kabin, pemandu akan disambut dengan tempat duduk berkuasa balutan kulit Merino yang turut didatangkan dengan ciri pemanas terbina dalam, stereng M Sport balutan kulit, penggunaan kaca CraftedClarity, Live Cockpit Professional, BMW Connected Drive, sistem bunyi Harmon Kardon dan bantuan paparan HUD. 

Ciri bantuan pemandu BMW Intelligent Personal Assistant juga turut disertakan, membolehkan pemandu memberikan arahan suara untuk kawalan tetapan muzik, mood pencahayaan dan suhu menerusi sapaan "Hey BMW!". 

Bagi menerapkan elemen teknologi terkini, 8 Series menerima ciri BMW Digital Key menggunakan teknologi Near Field Communication (NFC) pada peranti pintar, malah boleh berkongsi kunci digital tersebut menerusi BMW Connected App kepada lima orang pada satu-satu masa. 


 


‘The 8’ menawarkan pilihan warna yang terdiri daripada warna metalik Carbon Black, Black Sapphire, Sonic Speed Blue, Barcelona Blue, Sunset Orange dan warna Mineral White digandingkan dengan material kulit BMW Individual Merino sebagai kemasan bagi tempat duduk yang berwarna Hitam, Cognac atau Putih (Ivory White).

BMW 8 Series akan mula ditawarkan menerusi semua pengedar BMW yang bertauliah di seluruh negara dari hari Jumaat, 15 Mac 2019 dengan harga jualan bermula dari RM1,088,800 atas jalan tanpa insurans.

Para pelanggan boleh melayari www.bmwbethefirst.com.my untuk membuat pratempahan.
 


Setiap pembelian BMW 8 Series juga boleh menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia, dan ia merangkumi: 

  • Waranti Perbatuan tanpa Had selama 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma.
  • Program Waranti Tayar selama 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis Run Flat Tyre.
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW.
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ - BMW White Card.
  • Servis Atas Talian oleh BMW

 
Bonus: BMW 8 Series Generasi Pertama

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Akhirnya, keluarga 8 Series selamat menerima ahli (baca: varian) baharu dalam bentuk sedan Gran…