BMW 8 Series Gran Coupe - Grand Tourer empat pintu yang lebih praktikal (dan seksi)

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Akhirnya, keluarga 8 Series selamat menerima ahli (baca: varian) baharu dalam bentuk sedan Gran Coupe empat pintu, menawarkan ciri-ciri yang lebih praktikal sesuai untuk kegunaan seharian. 

Jika dibandingkan dengan 8 Series Coupe, Gran Coupe mempunyai dimensi 228.6 mm lebih panjang, 30.5 mm lebih lebar dan 55.9 mm lebih tinggi. 

Manakala jarak antara roda juga lebih panjang 200.7 mm memberikan penawaran ruang yang lebih luas untuk penumpang di bahagian belakang. 
 


Dengan penambahan jarak antara roda dan ketinggian tadi, ruang kepala penumpang belakang juga mendapat ruang tambahan 86.4 mm, serta tambahan 180.3 mm untuk ruang kaki. 

Dari segi praktikaliti pula, ruang kargo asal 8 Series Coupe sebanyak 420 liter itu menerima ruang tambahan 19.8 liter, terima kasih kepada perubahan dimensi yang disebutkan di atas. 
 


Ruang kabin secara langsung membawakan elemen yang terdapat pada kembar 8 Series Coupe seperti skrin paparan 12.3 inci pada kluster meter dan sistem paparan hiburan 10.25 inci. 

Baris kedua tempat duduk mampu dilipat pada nisbah 40:20:40 bagi menambahkan lagi ruang barangan yang sudah sedia besar itu. 

 


Antara ciri-ciri moden yang turut dipasang pada Gran Coupe ini termasuklah paparan head-up, sistem pengecasan peranti pintar nirwayar, dan sistem audio keliling dengan 16 unit pembesar suara dari Harman-Kardon.

Penumpang di bahagian belakang juga turut menerima corong pendingin hawa dengan sistem kawalan suhu tersendiri, dan terdapat slot pengecasan USB turut disediakan di bahagian tersebut. 

 


BMW menawarkan variasi pilihan enjin yang berkuasa untuk 8 Series Gran Coupe ini termasuklah enjin enam silinder sebaris 3.0 liter TwinPower Turbo (335 hp/500 Nm) untuk varian 840i dan 840i xDrive

Manakala enjin 4.4 liter V8 pula akan ditawarkan untuk varian M850i dengan kuasa 523 hp dan daya kilas 750 Nm, dan kuasa pecutan sepantas 3.9 saat dari 0-100 km per jam!

Kesemua varian didatangkan dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan dan ciri penukaran gear secara manual menerusi paddle shifter. 
 


Harga jualan di Amerika Syarikat pula bermula dari $84.900 (RM355,006) untuk varian asas 840i, manakala varian pacuan semua roda 840i xDrive pula dikenakan tambahan sebanyak $2,900 (RM12,126) kepada harga sedia ada. 

Manakala varian M850i xDrive dijual pada harga $108,900 (RM455,361). 

Dari segi kelengkapan keselamatan, Gran Coupe ini turut menawarkan ciri-ciri seperti Driving Assistance Professional yang merangkumi perkara-perkara berikut: 

  • Kawalan Pelayaran Aktif
  • Sistem Pemantauan Titik Buta Aktif
  • Amaran Penukaran Laluan
  • Sistem Kamera Keliling
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang
  • Informasi Had Laju
     


BMW Malaysia sebelum ini sudah pun melancarkan 8 Series Coupe dalam penawaran varian tunggal M850i xDrive pada harga RM1,088,800.

Berita selanjutnya boleh dibaca pada pautan di bawah:

Baca: BMW 8 Series Coupe - harga dari RM1,088,800

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada nombor satu sampailah nombor lapan. Senang cerita: 1 Series - hatchback segmen C 2…
Berita Global
BMW 8 Series, sebuah model segmen Grand Tourer (GT) yang ditawarkan oleh BMW bakal menerima ahli…
Berita Global
Ini bukanlah kisah sebuah UFO atau kapal angkasa yang cuba mendarat di planet bumi, ataupun kisah…