Sehinggakan akaun rasmi Twitter BMW Amerika Syarikat (@BMWUSA) membuat satu hantaran ringkas mengingatkan para pemandu model tersebut untuk menggunakan lampu isyarat membelok.
Ciapan tersebut menerima maklum balas yang memberangsangkan di kalangan pengguna Twitter, dan setakat artikel ini ditulis, ia telah menerima 2,240 Retweets dan 13.4 ribu Likes.
We know BMW drivers are the best on the road, but the road can be an unpredictable place.
— BMW USA (@BMWUSA) June 29, 2022
Sesetengah daripada pengguna Twitter membalas ciapan tersebut secara sindiran, "Kami tidak perlukan (lampu isyarat membelok), kami memandu sebuah BMW", dan ada yang berpura-pura terkejut dengan menghantar ciapan balasan, "Wau, sebuah BMW mempunyai lampu isyarat, adalah ia opsyen dari kilang?".
Masalah enggan menggunakan lampu isyarat membelok ini sebenarnya tidak tertakluk kepada sesebuah jenama semata-mata, ia sebenarnya lebih kepada sifat individu itu sendiri yang tidak mahu menjalankan tugasnya sebagai seorang pengguna jalan raya yang prihatin dan bertanggungjawab.
Sumber: Twitter BMW USA