BMW bakal hentikan 10,000 pekerja kontrak

oleh Mohamad Hanif|
Hujung bulan lalu, BMW AG merancang untuk memberhentikan kira-kira 5,000 tenaga pekerja menerusi pemberian insentif galakan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini merupakan sebahagian daripada langkah penjimatan kos yang terpaksa diambil bagi menghadapi bulan-bulan yang mencabar setelah peninggalan wabak COVID-19 yang masih belum menunjukkan tanda pemulihan. 

Namun, ia masih belum cukup untuk BMW menarik nafas lega, ini kerana menurut laporan terbaharu dari Bloomberg, pengeluar jenama mewah Jerman itu dilaporkan mahu menghentikan sekurang-kurangnya 10,000 pekerja kontrak bagi mengurangkan kapasiti serta menangani kos operasi yang semakin meningkat. 

Menurut BMW, mereka telah mencapai kata sepakat dengan kesatuan pekerja untuk menawarkan 'pakej berhenti kerja' yang berpadanan dan mengelakkan pampasan yang tidak sewajarnya kepada para pekerja yang terkesan.

Bukan setakat BMW, beberapa syarikat pengeluar Eropah lain turut mengambil langkah yang serupa termasuklah Bentley dan Aston Martin seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini. 

Kesan daripada langkah terbaharu yang diambil ini bukan sahaja melibatkan pekerja, malah ia juga turut menghentikan segala usaha yang telah dijalankan antara pengeluar tersebut dan Daimler dalam membangunkan platform kenderaan masa hadapan termasuklah teknologi pemanduan autonomi. 

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…