BMW batal pesanan bateri EV bernilai $2 Bilion dari Northvolt

oleh Firdaus Razani|
gambar dari Reuters
Pengeluar kereta Jerman, BMW baru-baru ini dilaporkan bahawa ia telah membatalkan pesanan bernilai $2.15 bilion untuk sel bateri kenderaan elektrik (EV) dengan Northvolt.
MINI MREC Banner Campaign February 2025 - Week 2
Jaecoo J7 PHEV Launch MREC Banner Campaign March 2025

Media Jerman Handelsblatt melaporkan bahawa pembuat bateri lithium-ion Sweden itu tidak dapat menghantar tepat pada masanya untuk bekalan sel bateri seperti yang dipersetujui dalam kontrak dengan BMW pada 2020.

 

ev

 

Jurucakap BMW berkata hari ini, “Northvolt dan BMW Group telah bersama-sama memutuskan untuk memfokuskan aktiviti Northvolt pada matlamat membangunkan sel bateri generasi akan datang.

“Kumpulan BMW terus mempunyai minat yang kuat untuk menubuhkan pengeluar sel bateri bulat dan mampan berprestasi tinggi di Eropah." tambahnya.

Samsung SDI Korea akan mengambil bahagian untuk mengisi peluang yang dicipta di BMW oleh pembatalan itu.

Turut dilaporkan, Northvolt menghadapi masalah meningkatkan pengeluaran siri perindustrian - ia ketinggalan dua tahun dari jadual dan menghasilkan terlalu banyak sisa.

BMW memesan sel Northvolt untuk bateri generasi kelimanya dan mereka akan dikilangkan di Sweden mulai tahun ini dengan 100 peratus tenaga boleh diperbaharui daripada tenaga angin dan hidro.

Walau bagaimanapun, Northvolt masih akan membekalkan sel bateri gen seterusnya yang diperlukan oleh BMW untuk EV Vision Neue Klassenya.

 

Berita penuh di Electrek

Berita Berkenaan

Berita Global
  Angka 46 sekali lagi diraikan di mana hanya 46 unit akan dihasilkan di kilang BMW Group Plant…
Berita Domestik
Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara…
Berita Global
  Pulang ke rumah dengan ikan, sayur dan telur juga lebih cepat dengan kelajuan mencecah 300 km/j…