BMW CE 04 2023 - skuter elektrik 42 PS, 62 Nm, jarak gerak 130 km, harga anggaran RM60k

oleh Mohamad Hanif|
BMW Malaysia terus meluaskan lagi penawaran mereka di dalam segmen mobiliti elektrik dengan melancarkan skuter elektrik BMW CE 04 untuk pasaran tempatan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia membawakan rekaan masa depan yang futuristik yang dihasilkan untuk kegunaan dalam bandar, profil yang serba rendah dan rekaan tempat duduk terapung yang mampu menarik perhatian.

Sistem gantungan terdiri daripada fork teleskopik di hadapan, dibantu dengan lengan ayun sisi tunggal untuk roda belakang, di mana kedua-dua roda (120/70 R15 depan, 160/60 R15 belakang) membawakan rekaan rim seakan cakera tanpa sebarang bukaan jejari.
 

CE 04


BMW CE 04 ini dikuasakan oleh motor elektrik tunggal berkuasa 42 PS dan daya kilas 62 Nm, dipadankan dengan pek bateri lithium-ion 8.9 kWh yang membenarkan jarak maksimum 130 km untuk sekali cas penuh.

Pecutan 0-50 km/j adalah sepantas 2.6 saat sementara kelajuan tertinggi di laluan urban dan lebuh raya dihadkan kepada 120 km/j sahaja.

BMW CE 04 menyokong pengecasan AC 2.3 kW dengan tempoh masa sekitar 4 jam 20 minit untuk mencapai kapasiti penuh, atau sehingga 1 jam 40 minit menggunakan pengecasan pantas 6.9 kW.

Terdapat empat mod tunggangan yang dibekalkan untuk membantu penunggang, iaitu ECO, Rain, Road dan mod Dynamic, serta tidak ketinggalan ciri BMW Motorrad Integral ABS dan mod undur sebagai ciri standard.
 

CE o4


Skrin paparan TFT 10.25 inci menyokong fungsi navigasi pemetaan, serta membolehkan penunggang memaut peranti pintar dengan menggunakan aplikasi mudah alih BMW Motorrad Connected App.

Ciri kemudahan lain termasuklah slot pengecasan USB, ruang storan dengan pengecasan USB terbina, soket 12V, storan helmet bercahaya, fungsi bantu mula tanpa kunci dan bantuan mengundur.

Harga jualan skuter BMW CE 04 2023 ini akan diumumkan pada bulan Mac ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mengikut spesifikasi, Lambretta Elettra 2024 ini datang dengan motor elektrik tunggal berkuasa 15…
Berita Global
Diperlihatkan buat kali pertama pada September yang lalu, Honda Motocompacto merupakan satu tribut…
Pelancaran Motosikal
Ditawarkan pada harga RM5,999 seunit, YADEA E8S Pro ini dibekalkan dengan mnotor elektrik 2.68 hp…