BMW, Daimler disaman kerana tidak serius mengurangkan emisi karbon

oleh Mohamad Hanif|
BMW dan Daimler kini berhadapan dengan tindakan undang-undang oleh badan bukan kerajaan (NGO) Deutsche Umwelthife disebabkan keengganan mereka untuk mengetatkan sasaran emisi karbon dan menghentikan penjualan kenderaan bahan bakar fosil menjelang 2030.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Menurut laporan daripada Reuters, NGO tersebut memberikan tempoh sehingga 20 September yang lalu kepada BMW dan Daimler untuk memenuhi permintaan mereka, salah satu daripadanya adalah mengehadkan produksi kenderaan berenjin pembakaran dalaman (ICE) lebih awal.

Sehingga kini, kedua-dua syarikat itu tidak pernah menetapkan tarikh akhir untuk menamatkan produksi kenderaan ICE walaupun BMW dan Daimler kini giat membawakan barisan EV baharu pada tahun ini.

Malah, BMW dan Daimler mengesahkan kepada Reuters mereka tidak dapat memenuhi permintaan badan tersebut.

 

cc


Dalam laporan Reuters yang terdahulu, BMW dan Daimler mengatakan mereka komited terhadap sasaran yang telah ditetapkan oleh perjanjian iklim Paris dan sudah pun berada di landasan untuk mencapai neutral iklim.

Selain BMW dan Daimler, Volkswagen juga turut berhadapan dengan tindakan undang-undang daripada badan NGO tersebut.

Sumber: Reuters 1, 2

Berita Berkenaan

Berita Global
Ratusan pengunjung menggunakan jambatan gantung yang dibina ketika era pemerintahan British di…
Berita Global
  Tinjauan yang suram dibuat dua hari selepas bilionair itu memberitahu kakitangan supaya kembali…
Berita Domestik
Reuters turut melaporkan bahawa sekiranya tidak ada suntikan dana, Khazanah akan memindahkan…