BMW dan Toyota sah bekerjasama! Bangunkan teknologi rangkaian kuasa sel bahan api

oleh Muhammad Md Tajudin|
BMW dan Toyota bekerjasama dalam teknologi sel bahan api
BMW dan Toyota bekerjasama dalam teknologi sel bahan api
Inilah akibatnya apabila bermain jauh (long game), BMW Group dan Toyota Motor Corporation mengumumkan kerjasama dalam pembangunan teknologi sel bahan api.

Seperti yang diketahui, Toyota Supra A90 berkongsi perkakasan dan pelantar dengan BMW Z4 G29 dan ada yang mempersoalkan dan mempertikaikannya.

Bukan sahaja BMW, Toyota bekerjasama dengan beberapa lagi pengeluar kereta kendatipun syarikat sudah cukup kukuh.

Toyota membuktikan bahawa syarikat bukan pengeluar kereta semata-mata tetapi entiti perniagaan dengan langkah-langkah yang strategik.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
BMW dan Toyota bekerjasama dalam teknologi sel bahan api

 

Di kala pengeluar lain sibuk dengan kenderaan elektrik bateri (BEV), Toyota tampil dengan strategi berbilang laluan atau multi-pathway.

Toyota tidak menggunakan satu penyelesaian untuk semua keperluan tetapi mempelbagaikannya.

Dari situ lahir kenderaan hibrid, BEV dan kenderaan elektrik sel bahan api hidrogen (FCEV).

Bukan bercakap kosong, bukti boleh dilihat pada Mirai yang sudah memasuki generasi kedua sejak pertama kali dikeluarkan pada 2014 dan Crown Sedan yang diperkenal pada 2023.

 

Toyota Mirai 2023

 

Tidak memberi perhatian mutlak kepada BEV, Toyota sekali lagi dipertikai, dipersoal dan diragui.

BMW merancang untuk melancarkan siri pengeluaran FCEV pertama pada 2028 dan menawarkan kepada pelanggan pilihan tambahan untuk kenderaan sifar emisi.

BMW dan Toyota menggabungkan kekuatan inovatif dan keupayaan teknologi masing-masing untuk membawa teknologi FC baharu ke jalan raya.

Pelancaran itu juga bermakna BMW menjadi pengeluar premium global pertama yang menawarkan kenderaan FC siri pengeluaran (besar-besaran).

 

Toyota Hilux hydrogen fuel cell electric 2023

 

BMW sebenarnya mempunyai model iX5 Hydrogen dan diguna untuk ujian rintis di serata dunia. Pengumuman ini membuktikan BMW yakin tentang masa depan FCEV.

BMW turut menekankan tentang pendekatan keterbukaan teknologi bagi menawarkan kepada pelanggan pelbagai penyelesaian mobiliti untuk masa depan.

Perincian kerjasama BMW dan Toyota:

  • Kesinambungan kerjasama BMW dan Toyota yang terjalin selama lebih sedekad
  • Pembangunan bersama sistem rangkaian kuasa teknologi FC generasi ketiga untuk kegunaan kenderaan penumpang dan komersial
  • Hasil kerjasama akan diguna pada kenderaan masing-masing dengan identiti dan karakteristik tersendiri
  • Turut melibatkan kerjasama dalam perolehan bagi menurunkan kos 
  • Bekerjasama dengan syarikat pengeluar hidrogen serta kemudahan pengedaran dan pengisian bagi memastikan pembekalan hidrogen yang stabil dan penurunan kos

 

BMW iX5 Hydrogen hot climate testing (09/2023)

 

Berkenaan model yang dirancang, BMW akan menawarkan model sedia dengan varian sistem sel bahan hidrogen.

FCEV satu daripada teknologi EV dan melengkapi penawaran enjin pembakaran dalaman (ICE), BEV dan hibrid plug-in (PHEV) BMW.

Di antara pengeluar lain yang serius dalam FCEV ialah Honda dan Hyundai masing-masing dengan CR-V dan Nexo.

Satu yang menarik, Hyundai mengeluarkan XCIENT Fuel Cell yang merupakan trak kerja kerja berat sel bahan api pertama di dunia. 

 

Toyota Mirai Fuel Cell

 

Toyota dan Honda juga sedang menguji trak sel bahan api dan bekerjasama dengan pengeluar lain.

Menurut BMW, hidrogen adalah bahagian yang hilang bagi melengkapkan teka-teki mobiliti elektrik di mana sistem pacuan elektrik bateri bukan penyelesaian yang optimum.

Satu kenyataan yang perlu direnungkan dan selamat datang BMW ke dunia hidrogen! 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

 Toyota Crown Sedan FCEV 2023

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pengumuman ini dibuat oleh Ketua Reka Bentuk Kumpulan BMW, Adrian van Hooydonk di Milan, Itali…
Berita Global
  M5 Touring digerakkan enjin 4.4 liter V8 biturbo dengan padanan kotak gear automatik M…
Berita Global
  Selain estetika, kit luaran juga memenuhi keperluan dari segi binaan yang ringan dan…