BMW dedah imej acah M2 2023 dengan rim gangsa

oleh Mohamad Hanif|
BMW 2 Series versi dua pintu telah pun dilancarkan secara rasmi pada tahun lalu, dan versi M yang lebih berkuasa bakal muncul dalam masa terdekat berdasarkan imej acah yang dimuatnaik oleh BMW menerusi akaun Instagram.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Imej baharu ini memperlihatkan rekaan sisi coupe dua pintu M2 2023 yang dipadankan dengan set rim berwarna gangsa, diikuti dengan gambar zoom pada bahagian belakang yang memperlihatkan bentuk sayap belakang.
 

M2


Dari segi kuasa, BMW M2 bakal dilengkapi dengan nadi enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar S58 dengan kuasa sekitar 450 hp, dan kemungkinan besar hanya ditawarkan dalam versi automatik sahaja.

BMW mengesahkan model coupe M ini bakal dipasang menjelang akhir tahun ini di kilang San Luis Potosi, Mexico, dan merancang untuk memperkenalkannya secara rasmi pada Goodwood Festival of Speed tahun ini (23-26 Jun).

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by BMW M GmbH (@bmwm)

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Menjelang pelancarannya pada 29 Jun, Ferrari telah mendedahkan imej acah bagi SF90 versi buas itu,…
Berita Global
Sebelum tirai dibuka sepenuhnya, Volvo mengambil kesempatan menyiarkan video acah yang memaparkan…
Berita Global
Setelah beberapa kali model ujian diintip, diikuti dengan gambar paten yang tertiris di media dalam…