BMW dedah jentera lumba prototaip LMDh dengan rekaan gril gergasi

oleh Mohamad Hanif|
BMW baru-baru ini mendedahkan liveri rasmi yang bakal dilayangkan pada jentera lumba BMW M Hybrid V8 yang akan bertempur dalam perlumbaan 24 Hours of Daytona menerusi kelas IMSA GTP (Grand Touring Prototype).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi kelas GTP ini, IMSA (International Motor Sports Association) menggalakkan pasukan yang bertanding untuk menampilkan beberapa elemen rekaan rujukan daripada model kereta jalanan.
 

M


BMW menyahut cabaran tersebut dengan membawakan beberapa ciri menarik, seperti contoh rekaan jeriji hadapan buah pinggang gergasi dengan sistem pencahayaan laser daripada syarikat Swiss L.E.S.S yang menawarkan penjimatan berat berbanding LED tradisional.

Rekaan jeriji itu juga berfungsi untuk menyalurkan udara menerusi struktur badan yang mampu menjana daya turun yang diperlukan.

Tidak ketinggalan, rekaan tingkap sisi dengan elemen Hofmeister kink yang wujud pada kebanyakan kereta jalanan BMW.
 

M


Rekaan lampu belakang pula dilihat seakan kayu hoki yang disusun sekata dan berselindung di sebalik rekaan diffuser yang besar.

Satu perkara yang mampu menyakitkan mata golongan yang OCD adalah liveri yang tidak simetri pada bahagian kiri dan kanan jentera lumba ini.

Untuk kelas GTP, BMW M Hybrid V8 ini menggunakan enjin 4.0 liter turbo berkembar bentangan V8 dengan garis merah mencecah 8,200 rpm dan kuasa setinggi 640 hp yang dipadankan dengan sistem hibrid spesifikasi IMSA, dan keupayaan pemanduan sifar emisi yang dikhususkan untuk laluan pit.
 

BMWM


Jentera BMW M Hybrid V8 ini akan membuat kemunculan rasmi pada acara perlumbaan 24 Hours of Daytona tahun depan, dan bakal menerima saingan daripada Acura, Cadillac, Ferrari dan juga Porsche.

Pada tahun berikutnya, BMW akan menyertai perlumbaan FIA World Endurance Championship di dalam kategori Hypercar.