BMW dedah teaser rasmi i7 - sedan mewah elektrik yang mampu menyaingi EQS

oleh Mohamad Hanif|
Ketika pelancaran sedan EQE tempoh hari, Mercedes dilihat 'menyalahkan' trenkuasa EV sebagai punca sebenar kematian rekaan tipikal tiga kotak sedan masa kini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, BMW pula dengan tenang memperlihatkan teaser rasmi sedan elektrik i7 yang bakal menyaingi model Mercedes EQS, dan seperti yang anda lihat ia masih mengekalkan perkadaran tradisional sebuah sedan dengan rekaan tiga kotak, namun dengan jarak antara roda yang sangat panjang.
 

i7


Ini kerana, BMW i7 dikatakan bakal berkongsi pelantar yang sama dengan model 7-Series generasi baharu.

Biarpun masih lagi sarat dengan pelekat samaran, BMW i7 memperlihatkan beberapa ciri seperti lampu utama diposisikan rendah, rekaan gril yang (masih) besar, bonet jenis clamshell diikuti dengan profil sisi yang lebih bersih.
 

i7


BMW pada ketika ini sedang menguji prototaip i7 di atas jalan bersalji di pusat pengujian BMW Group yang terletak di Arjeplog, Sweden untuk aspek seperti dinamik pemanduan, suspensi, brek bagi mempertingkatkan keseimbangan antara keselesaan dan pemanduan yang sporti.

BMW i7 bakal menggunakan teknologi BMW Drive generasi kelima yang telah pun muncul pada model iX dan dijangka tiba pada tahun 2022.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dari sudut luaran, Ghost Black Badge ini dilayangkan dengan warna Lyrical Copper, diserikan dengan…
Model Terbaharu
Syarikat Jerman itu berusaha menggabungkan ciri-ciri kemewahan dan keselesaan tradisional nama…
Pelancaran
Dengan teknologi canggih, Assurance ComfortTred dikatakan mampu menawarkan pengalaman pemanduan…