Sebagai sebuah model yang sporti, BMW G 310 R membawakan persamaan visual kepada model BMW S 1000 R yang lebih sporti, namun direka sesuai untuk kegunaan seharian.
Sementara BMW G 310 GS pula membawakan rupa paras GS yang asli seperti cermin hadapan yang lebih tinggi, fender hadapan, bahagian belakang yang tinggi - kesemua elemen yang terdapat pada model BMW R 1250 GS yang lebih besar.
Model BMW G 310 GS '40 Years Edition' pula didatangkan dengan layangan warna gandingan hitam dan kuning yang diinspirasikan daripada model lagenda BMW R 100 GS.
Ketiga-tiga varian ini dilengkapi dengan enjin silinder tunggal bersesaran 314 cm3 sejukan cecair dengan dua aci sesondol overhed dan sistem pancitan bahan api elektronik, menghasilkan 34 kuasa kuda @ 9,500 rpm dan daya kilas maksimum 28 Nm @ 7,500 rpm.
Antara penambahbaikan terhadap model aras mula ini termasuklah pendikit kawalan elektronik yang menawarkan respon pendikit yang lebih sensitif, diikuti dengan ciri kelajuan melahu automatik, klac anti-hopping, serta tuil klac boleh laras empat tetapan untuk tahap ergonomik yang lebih baik.
BMW G 310 GS ditawarkan dalam tiga warna iaitu Kyanite Blue Metallic, Polar White dan Cosmic Black (40 Years Edition), sementara BMW G 310 R ditawarkan dalam warna tunggal Limestone Metallic (Style Sport).
Harga jualan adalah seperti berikut:
BMW G 310 R: RM 27,500.00
BMW G 310 GS: RM 29,500.00
BMW G 310 GS ’40 Years Edition’: RM 31,500.00
Dengan pelan pembiayan BMW Group Financial Services Malaysia dengan pinjaman 80 peratus untuk tempoh empat tahun, bayaran bulanan adalah seperti berikut:
BMW G 310 R: RM460.00
BMW G 310 GS: RM490.00
BMW G 310 GS '40 Years Edition': RM520.00