Pusat 4S baharu itu akan menawarkan pelbagai fasiliti yang dinaik taraf bagi menarik dan memberikan perkhidmatan terbaik untuk pelanggannya, terutama mereka yang berada di sekitar kawasan Klang, Shah Alam, Setia Alam dan Kota Kemuning.
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, "“Pelanggan merupakan tunjang kepada BMW Group Malaysia, dan sebagai peneraju dalam segmen premium industri automotif Malaysia."
"Kami sentiasa berusaha untuk meluaskan lagi keberadaan kami di kawasan-kawasan baharu yang mempunyai potensi perniagaan yang besar, Klang, Shah Alam, Kota Kemuning dan Setia Alam di Lembah Klang merupakan antara kawasan tersebut."
"Dalam tempoh lima tahun yang akan datang, kami bakal melihat segmen premium di kawasan ini tumbuh pada kadar lebih 20% dan kami perlu bersedia untuk mengiringi kemajuan ini.”
Pusat 4S di Bukit Tinggi itu memiliki keluasan 170,000 kaki persegi yang mampu memuatkan 20 ruang servis bagi membolehkan sehingga 80 kerja servis dilakukan dalam sehari.
Mereka turut menyediakan fasiliti ruang pengecasan pantas DC untuk pengguna EV yang boleh digunakan melalui aplikasi ChargEV.
Kemudahan untuk pelanggan turut dinaik taraf dengan ruang NEXTGen Luxury, OGAWA Relaxation Zone dan juga Starbucks di salah satu daripada dua ruang singgah Isetta Bar.
Pusat 4S Wheelcorp Premium Bukit Tinggi beroperasi dari jam 8:30 pagi hingga 7:00 malam pada hari Isnin hingga Sabtu, dan dari jam 10:00 pagi hingga 6:00 petang pada hari Ahad beralamat di Lot 142646, Jalan Remia 5/KS 07, Ambang Botanik, 41200 Klang, Selangor.
Anda boleh layari laman web BMW Wheelcorp Premium untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut.