Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, “Oleh kerana permintaan ke atas kenderaan premium kami terus berkembang seiring dengan aneka tawaran yang kami sediakan merentasi semua portfolio, maka kemajuan ini dapat dijangka bagi membolehkan kami menaik taraf titik sentuh pelanggan kami paling penting, iaitu pusat pengedaran kami."
"Ianya berfungsi untuk memastikan para pelanggan yang kami hargai dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium sebenar kami janjikan."
"Kami amat berbesar hati kerana Seong Hoe Premium Motors juga turut berkongsi sentimen ini, mereka terus membekalkan standard perkhidmatan bertaraf dunia buat para pelanggan kami di Melaka, dan kami yakin bahawa bilik pameran yang diperbaharui ini juga akan diterjemahkan kepada pengalaman yang lebih unggul.”
Pengurus Besar Seong Hoe Premium Motors, Loy Suan Chiow, turut menambah, “Kejayaan ini adalah hasil sokongan para pelanggan kami, yang terus memberi kepercayaan kepada kami sejak empat dekad lalu dalam usaha kami untuk membekalkan Pengalaman Pemilikan Premium."
"Setakat ini, kami berjaya menyerahkan lebih daripada 400 unit kenderaan setiap tahun, yang didatangkan bersama standard khidmat pelanggan tertinggi. Kejayaan ini merupakan kebanggaan kami di Seong Hoe Premium Motors dan sebuah kejayaan yang kami ingin cerminkan di pusat pengedaran diperbaharui ini."
"Ianya membolehkan kami menaik taraf mutu perkhidmatan buat para pelanggan di Melaka dan di kawasan sekitar. Berbekalkan kejayaan ini juga, Seong Hoe Premium Motors menjangkakan potensi untuk menyerahkan lebih 1,000 unit kenderaan BMW dan MINI dalam tempoh tiga tahun akan datang.”

Pusat pengedaran serba baharu ini mempunyai keluasan 7,100 kaki persegi, ianya mampu mempamerkan sepuluh kereta BMW dan tiga kereta MINI pada masa yang sama. Ruang ini juga didatangkan dengan bilik pameran MINI yang eksklusif di aras mezanin.
Sementara itu, para pelanggan yang berminat dengan kereta BMW Premium Selection disediakan oleh Seong Hoe Premium Motors boleh mengunjungi fasiliti baharu terletak berhampiran pusat pengedaran ini.
Bersama 50 orang kakitangan terlibat, Seong Hoe Premium Motors membekalkan pelbagai perkhidmatan meliputi servis BMW, BMW Lifestyle, alat ganti tulen dan aksesori, perkhidmatan kewangan dan insurans BMW, servis segera, perkhidmatan ambil dan hantar, serta bantuan tepi jalan.
Penawaran servis dan aksesori bagi jenama MINI turut disediakan. Pusat pengedaran ini juga menampilkan balai singgah penyerahan kereta, bar isetta , ruang RATC (resepsi kereta) dan sebuah stesen pengecasan AC/DC BMW, bersama akses internet percuma.
Seong Hoe Premium Motors Sdn Bhd terletak di alamat Lot 2020, Jalan Semabok, Taman Sinn Semabok, 75050 Melaka. Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pusat pengedaran baharu ini, anda boleh layari laman web BMW Seong Hoe.
Penulis: Ahmad Danial Yasin