BMW Group Malaysia perkenal fasiliti pengecasan EV awam pertama di Sabah

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Wakil pengedar sulung BMW Group Malaysia di Sabah, Regas Premium Sabah baru-baru ini telah memperkenalkan fasiliti pengecasan EV awam pertama di negeri itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Detik bersejarah itu mencerminkan komitmen Regas Premium Sabah dalam menerajui penyelesaian mobiliti elektrik di negeri tersebut, selaras dengan pelan perluasan infrastruktur pengecasan oleh BMW Group Malaysia untuk seluruh negara.

Fasiliti pengecasan EV awam pertama itu terletak di ruang parkir bawah tanah T1 Bundusan, Jalan Bundusan, Taman Cemerlang, 89500, Kota Kinabalu, Sabah.

Regas Premium Sabah telah berkolaborasi dengan JomCharge, yang merupakan pemain utama dalam arena solusi pengecasan EV, bagi mewujudkan rangkaian pengecasan serba canggih yang lebih meluas.

 

2

 

Fasiliti tersebut menampilkan dua lot dengan keupayaan pengecasan AC 11 kWj, dengan kadar standard bernilai RM6 sejam dan kini dibuka 24 jam sehari untuk kegunaan awam.

Regas Premium Sabah mahu meningkatkan aksesibiliti ke atas kemudahan pengecasan EV di seluruh pelosok negeri Sabah, dengan tumpuan terhadap lokasi-lokasi seperti Tawau menjadi sebahagian daripada pelan perluasan yang dirancang.

Sehingga kini, BMW Group Malaysia telah menyediakan lebih daripada 1,000 buah fasiliti pengecasan dalam rangkaiannya.

 

3

 

Akses ke atas lebih 400 daripada fasiliti itu disediakan menerusi usaha sama dengan ChargEV dan Yinson Greentech, manakala usaha sama dengan JomCharge membekalkan akses ke atas lebih 100 buah fasiliti pengecasan, Gentari dengan lebih 150 buah fasiliti

Sekitar 160 buah fasiliti turut disediakan daripada rakan-rakan baharu seperti Shell Recharge dengan ParkEasy, ChargeN’Go, ChargeSini, Go To-U dan FlexiParking.

Lebih daripada 100 buah fasiliti pengecasan BMW i dan MINI juga disediakan di kebanyakan pusat pengedaran bertauliah, di samping lokasi-lokasi para rakan kongsi serata negara.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pusat bertaraf 4S (Jualan, Servis, Alat Ganti dan Sistem) itu bakal menempatkan portfolio jenama…