Acara anugerah ini mengiktiraf pencapaian cemerlang dan komitmen pekerja yang tidak berbelah bahagi dalam menawarkan pengalaman Sheer Driving Pleasure yang unggul.
Kesemua 23 pengedar sah BMW, MINI dan BMW Motorrad di seluruh negara diiktiraf atas perkhidmatan cemerlang dalam menawarkan kenderaan premium dan perkhidmatan selepas jualan.
Komitmen mereka melayani para pelanggan pengeluar kenderaan premium tersebut, yang selari dengan janji jenama ini untuk memberikan Pengalaman Pemilikan Premium kepada pelanggan.
Antara anugerah yang diraikan adalah seperti berikut;
BMW Product Genius 2023.
Pensijilan BMW Product Genius mengiktiraf profesional khas yang terlatih daripada pelbagai pengedar di Malaysia yang berjaya memberikan pengalaman peribadi yang eksklusif kepada pelanggan sejak permulaan perjalanan Pengalaman Pemilikan BMW mereka.
BMW Aftersales Vision Club 2023.
BMW Aftersales Vison Club 2023 mengiktiraf usaha cemerlang yang telah dilakukan oleh pekerja pengedar BMW Group Malaysia untuk perkhidmatan Selepas Jualan.
Anugerah ini merangkumi kategori Juruteknik, Kategori Terbuka, Pengurus Khidmat Pelanggan Berkualiti (QCCM), Penasihat Perkhidmatan, Ketua Bahagian Alat Ganti dan Ketua Selepas Jualan.
BMW Motorrad Dealer Award 2023.
BMW Motorrad Dealer Award 2023 mengiktiraf pencapaian cemerlang pekerja dalam mengangkat visi Make Life a Ride kepada pelanggan, menerusi pelbagai kategori.
Antaranya; Juruteknik BMW Motorrad, Penasihat Perkhidmatan BMW Motorrad, Pengurus Selepas Jualan BMW Motorrad, Penasihat Jualan BMW Motorrad, Pengurus Jualan BMW Motorrad, Penasihat Jualan Paling Cemerlang R 18 dan Pengurus Paling Cemerlang R18.
MINI Issigonis Club Award 2023.
MINI Issigonis Club Award meraikan kejayaan pekerja yang memberikan kualiti perkhidmatan terbaik kepada pelanggan untuk jenama MINI.
Anugerah ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu Pengedar Terbaik MINI, Penasihat Jualan Terbaik MINI dan Pengurus Jualan Terbaik MINI.
BMW Excellence Club Award 2023.
BMW Excellence Club Award dikategorikan dalam kategori Perak, Emas, Platinum, dan Diamond.
Penasihat Jualan Terbaik untuk Kontrak Pembiayaan Tertinggi 2023.
Penasihat Jualan Terbaik untuk Easy Drive 2023.
Pengedar BMW Paling Menyokong 2023.
Pendaftaran Tertinggi untuk Perkhidmatan Kewangan 2023.
Anugerah ini meraikan pengedar utama yang mengekalkan perkhidmatan cemerlang dan memberikan kepuasan terbaik kepada pelanggan dalam urusan jualan.
Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, berkata dalam ucapannya, “Matlamat utama kami sebagai pengeluar kenderaan premium bukan sahaja untuk mencipta kejayaan dalam inovasi automotif tetapi juga konsisten dalam meningkatkan pengalaman pemilikan mewah buat pelanggan."