BMW Group Malaysia sokong inisiatif mobiliti mampan negara untuk Kepengerusian ASEAN 2025

oleh Qalif Latif|
BMW Group Malaysia menegaskan komitmennya terhadap usaha kerajaan dalam memperkukuh agenda kemampanan sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025, dengan menyediakan barisan kenderaan elektrik (EV) premium untuk kegunaan rasmi kerajaan sepanjang tahun kepengerusian tersebut.

Antara model yang digunakan ialah BMW i7 xDrive60 M Sport dan BMW i5 eDrive40 M Sport, yang menyertai barisan kenderaan rasmi negara bagi acara dan mesyuarat ASEAN tahun hadapan. Inisiatif ini sejajar dengan objektif Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), serta membawa mesej bahawa Malaysia serius dalam menerajui transformasi tenaga bersih dan pengangkutan rendah karbon di rantau ini.

BMW Group Malaysia

 

BMW Group Malaysia, sebagai peneraju segmen kenderaan elektrik premium di negara ini, turut menekankan sokongan berterusan terhadap nilai kemampanan, inovasi dan keterbukaan teknologi melalui portfolio EV yang semakin luas serta pelbagai kerjasama strategik dengan pihak kerajaan dan swasta. Syarikat itu menyatakan bahawa langkah penggunaan EV untuk kegunaan rasmi ini dapat menjadi contoh kepada negara anggota ASEAN lain untuk sama-sama memperkasakan agenda kemampanan dan memperluas jaringan kolaborasi serantau.

BMW Group Malaysia kini mempunyai rangkaian operasi menyeluruh di negara ini termasuk pusat jualan nasional di Cyberjaya, kemudahan pemasangan di Kulim Hi-Tech Park, Kedah, serta Pusat Agihan Alat Ganti BMW Group (PDC) di Senai, Johor, yang menyokong lebih daripada 20 pasaran di rantau Asia-Pasifik.

Dengan langkah ini, BMW bukan sekadar memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju teknologi automotif premium, tetapi turut memperlihatkan kesungguhan jenama Jerman itu dalam menyokong usaha Malaysia menuju masa depan mobiliti hijau dan mampan.


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut BMW Group Malaysia, majlis tahunan itu bertujuan menghargai prestasi luar biasa dalam aspek…
Berita Domestik
Lee Motors Berpindah ke Pusat Pameran Retail.NEXT Serba Baharu di Alor Setar Pusat pameran…
Berita Domestik
Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata kejayaan BMW dalam segmen premium tidak…