BMW i7 xDrive60 M Sport rasmi di Malaysia - 544 HP, 745 Nm, 615 km jarak gerak, harga dari RM729k

oleh Danial Yasin Suhaimi|
BMW Malaysia hari ini telah menambahkan satu lagi varian di dalam portfolio generasi baharu BMW 7 Series melalui pengenalan model EV BMW i7 xDrive60 M Sport.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

BMW i7 xDrive60 M Sport akan tersedia di samping dua lagi varian untuk pasaran Malaysia, iaitu BWM 750e xDrive M Sport dan BMW 750e xDrive Pure Excellence yang dipasang secara tempatan (CKD).

Dari segi penampilan, i7 xDrive60 M Sport didatangkan dengan pakej luaran M Sport bersama rekaan bumper depan dan belakang yang lebih agresif.

2

Seperti varian lainya, didatangkan dengan jeriji buah pinggang dan lampu hadapan kristal bersama ciri iluminasi BMW Iconic Glow.

Ia menampilkan rekaan lampu DRL tirus di bahagian atas, dan lampu utama LED kristal yang terpisah dari DRL, dan rekaan lampu berbentuk L di bahagian belakang.

Meningkatkan lagi rupa luarannya, i7 xDrive60 M Sport dilengkapi dengan rim aloi aerodinamik M 21 inci berwarna Jet Black dalam penggayaan 909.

3

Pada bahagian dalaman juga ia hadir dengan skrin melengkung BMW Curved Display, lengkap bersama BMW Live Cockpit Professional yang menampilkan gandingan skrin paparan info 12.3 inci dan skrin paparan tengah 14.9 inci.

Ianya turut lengkap bersama BMW Operating System 8, BMW Intelligent Personal Asistant, Comfort Access, serta ciri Connected Package Professional yang turut merangkumi sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto.

Meningkatkan lagi ciri futuristik dan kemewahan, penumpang belakang boleh menikmati ciri hiburan BMW Theatre Screen melalui skrin bersaiz 31.3 inci.

 

4

 

Dari segi kuasa, i7 xDrive60 M Sport dikuasakan dua motor elektrik dipadankan bersama bateri litium ion berkapastiti 105.7 kWj, yang mampu menghasilkan sehingga 544 HP dan 745 Nm.

Dari segi pengecasan, ia menggunakan Combine Charging Unit (CCU) yang menyokong pengecasan AC 11 kW, dimana cas penuh boleh dicapai dalam masa 9.5 jam.

Ia turut menyokong pengecasan pantas DC 195 kW yang membolehkan bateri dicas dari 10 hingga 80 peratus dalam masa 34 minit sahaja.

 

2

 

Menjadi versi termahal dalam keluarganya, EV i7 xDrive60 M Sport ditawarkan bermula dari RM729,800 atas jalan tanpa insurans, dimana ia merangkumi:

  • Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun berserta Program Servis Berjadual Percuma oleh BMW
  • Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ - Kad Keistimewaan BMW
  • Servis Dalam Talian BMW

Dua varian PHEV nya pula ditawarkan bermula dari RM649,800 untuk BMW 750e xDrive Pure Excellence, dan RM700,000 untuk 750e xDrive M Sport, kedua-duanya atas jalan tanpa insurans.

Menariknya, BMW i7 xDrive60 M Sport ditawarkan dengan 8 warna iaitu Oxide Grey, Brooklyn Grey, Mineral White, Sophisto Grey, Aventurine Red, Black Sapphire, Tanzanite Blue dan Dravit Grey.