BMW i8 terbakar di Lebuh Raya KESAS

oleh Penyumbang Rencana|
foto Kosmo
Sebuah kereta BMW i8 musnah terbakar sepenuhnya dalam kejadian berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Petaling, Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), di Sri Petaling pada Jumaat.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu sekitar pukul 12.17 tengah hari Jumaat.

Menurut pasukan bomba setibanya di lokasi, terdapat sebuah kereta hybrid jenis BMW i8 terbakar. Bagaimanapun, kebakaran terbabit berjaya dikawal sekitar pukul 12.29 tengah hari dan mangsa yang juga pemandu selamat.

Kemusnahan kebakaran dianggarkan 100 peratus dan punca kejadian masih dalam siasatan unit forensik.

Bacaan lanjut di Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut JBPM, Pusat Gerakan Operasi Putrajaya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu…
Berita Global
Syarikat itu tidak memberikan angka tepat bagi jumlah kenderaan terjejas di seluruh dunia, namun…
Berita Domestik
Beliau berkata, kebakaran di dermaga berkenaan melibatkan enam feri, dengan dua daripadanya musnah…