BMW iDrive 8 System - skrin melengkung berkembar, BMW Operating System 8 yang lebih pintar

oleh Mohamad Hanif|
Sistem infotainmen BMW mendapat versi baharu menerusi pengenalan model iX 2022 penghujung tahun yang lalu, dan kini BMW mendedahkan perincian berhubung sistem yang dikenali sebagai iDrive 8 System.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Menggunakan sistem operasi tersendiri BMW Operating System 8, generasi terbaharu iDrive itu menjanjikan interaksi digital yang lebih pintar antara pemandu dan kenderaan.

Sistem iDrive 8 ini terdiri daripada dua skrin melengkung, setiap satu memiliki dimensi 12.3 inci untuk kluster instrumen, sementara skrin infotainmen tengah pula sedikit besar, 14.9 inci yang digabungkan dalam satu perumah tunggal dan direka supaya lebih berorientasikan pemandu.

Sekali imbas, paparan utama telah 'dibersihkan' daripada informasi yang tidak diperlukan, dan hanya memaparkan info yang lebih ringkas dan mudah untuk difahami, tidak seperti pengeluar lain yang cuba untuk sedaya upaya menyumbat segala macam simbol - akhirnya menjadi terlalu sibuk seakan kesesakan trafik di MRR2.

 


Terdapat juga beberapa ciri menarik seperti:

  • Great Entrance Moments - paparan untuk menyambut kehadiran pemandu
  • Paparan yang boleh disesuaikan - terdapat tiga jenis susun atur dan kehadiran pelbagai jenis widget yang boleh dipilih
  • Pemain media - dikemaskini dengan aspek estetik yang ditambahbaik dan rekaan minimalis
  • BMW ID - sistem profil unik yang mampu menyimpan ketetapan pengguna yang berbeza
  • Kemaskini Over-the-air (OTA) - perisian sistem akan dikemaskini secara berkala

Selain daripada ciri yang disebutkan di atas, BMW turut menambahbaik fungsi Intelligent Personal Assistant dengan keupayaan yang lebih pintar, dan pengguna sendiri boleh menetapkan nama yang khusus untuk digunakan ketika memulakan fungsi arahan suara.

Menurut BMW, ciri Intelligent Personal Assistant ini mempunyai 'aura yang menarik dan mudah dipercayai', di mana ia mampu mengeskpresikan pelbagai emosi dan keadaan minda - sama seperti manusia!

 


Selain daripada itu, BMW juga turut mendatangkan fungsi Learning Navigation, di mana OS8 ini akan memantau kebiasaan yang ditunjukkan oleh pemandu (seperti laluan pergi balik ke tempat kerja) dan sistem ini akan memaparkan secara automatik sistem navigasi tanpa perlu diarahkan.

Beralih daripada skrin iDrive itu tadi, BMW juga nampaknya mahu menjadikan penampilkan papan pemuka lebih ringkas dengan kehadiran butang fizikal yang minima, dan salah satu daripada 'mangsa' adalah butang kawalan iklim, di mana sistem kawalan tersebut kini diintegrasikan ke dalam sistem infotainmen secara standard.

Dengan kemaskini over-the-air, perisian sistem ini akan sentiasa dikemaskini secara berkala dan membolehkan sistem baharu ini untuk menerima ciri terkini seperti bantuan pemanduan dan automasi separa.

 


Sistem iDrive 8 ini akan didatangkan pada model seterusnya, iaitu BMW i4 sebelum diperluaskan kepada model-model BMW yang lain.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tertuduh, P Kuhan Raj, 31, yang juga peniaga kedai telefon bimbit bagaimanapun mengaku tidak…
Berita Global
  Pengumuman ini dibuat oleh Ketua Reka Bentuk Kumpulan BMW, Adrian van Hooydonk di Milan, Itali…
Berita Global
  M5 Touring digerakkan enjin 4.4 liter V8 biturbo dengan padanan kotak gear automatik M…