BMW iX 2024 dikemaskini, varian xDrive50 dan M60, dari RM466 ribu

oleh Mohamad Hanif|
BMW Malaysia hari ini mengumumkan kemaskini penawaran bagi model SAV elektrik BMW iX untuk tahun 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti model terdahulu yang boleh didapati dalam varian xDrive40, BMW iX 2024 kini tersedia dengan dua varian utama, iaitu BMW iX xDrive50 Sport dan BMW iX M60.

Berikut merupakan spesifikasi ringkas bagi kedua-dua varian BMW iX 2024:

 

BMW iX xDrive50 Sport

iX


Dua motor elektrik, sistem pacuan semua roda
Kuasa 523 hp, daya kilas 765 Nm
Pecutan 0-100 km/j 4.6 saat
Kelajuan maksimum 200 km/j
Pek bateri 111.5 kWh, jarak gerak 630 km (data WLTP)

 

BMW iX M60

iX


Dua motor elektrik, sistem pacuan semua roda
Kuasa 619 hp, daya kilas 1,015 Nm
Pecutan 0-100 km/j 3.8 saat
Kelajuan maksimum 250 km/j
Pek bateri 111.5 kWh, jarak gerak 561 km (data WLTP)

BMW iX xDrive50 Sport dan BMW iX M60 dilengkapi dengan sistem gantungan udara untuk keselesaan pemanduan yang lancar, serta sistem bunyi BMW Iconic Sounds Electric.
 

iX


Secara standard, kedua-dua varian dibekalkan dengan fungsi AC Charging Professional, menawarkan keupayaan pengecasan 22 kW di mana bateri boleh dicas penuh dalam masa lima jam 30 minit, atau 11 kW (pengecasan penuh 11 jam).

Pengecasan pantas 195 kW turut disokong, di mana bateri boleh dicas 0-80 peratus SoC dalam tempoh 35 minit sahaja.

Selain itu, pemilik BMW iX boleh menikmati akses pengecasan di lebih 1,700 fasiliti di seluruh negara, selain akses kepada lebih 400 fasiliti pengecasan (ChargeEV, Yinson GreenTech), dan 160 buah fasiliti pengecasan (kerjasama dengan JomCharge, Gentari, ChargeN'go, ChargeSini, Go To-U dan FlexiParking).

BMW iX turut dikemaskini dengan ciri Comfort Access di mana pemilik boleh menyahkunci SAV elektrik mereka menggunakan kunci standard atau kunci digital menggunakan peranti pintar iPhone/Android.
 

iX


Ruang kabin BMW iX didatangkan dengan BMW Live Cockpit Professional, terdiri daripada skrin kluster instrumen melengkung sebesar 12.3 inci dan skrin tengah 14.9 inci, sistem operasi BMW Operating System 8.5 diikuti dengan sistem pendingin hawa empat zon, pengecasan nirwayar, dan sistem audio Harman Kardon dengan 18 pembesar suara keliling.

Pembeli boleh mendapatkan BMW iX 2024 dengan pilihan warna Alpine White, Mineral White Metallic, Black Sapphire Metallic, Sophisto Grey Metallic/Brilliant Effect, Phytonic Blue Metallic, Oxide Grey Metallic dan Blue Ridge Mountain Metallic, diikuti dengan pilihan Interior Design Atelier dalam warna Mocha atau hitam.  

Dengan tambahan RM6,200, terdapat opsyen warna Aventurine Red Metallic atau Individual Storm Bay, sementara ruang kabin pula boleh diserikan dengan pilihan Interior Design Suite dalam warna Amido atau Castanea dengan tambahan RM17,300.
 

iX


Harga jualan bermula dari RM465,800.00 untuk BMW iX xDrive50 Sport, atau RM579,800.00 untuk varian iX M60, sementara pakej lanjutan jaminan dan pakej servis pula berharga RM33,200.00.

Menerusi program pembiayaan Easy Drive Financing Plan, BMW iX xDrive50 Sport dan BMW iX M60 boleh dibawa pulang dengan bayaran bulanan serendah RM6,599.00 dan RM8,250.00, berdasarkan pinjaman 80 peratus untuk tempoh lima tahun dan selepas rebat Easy Drive RM10,000 yang sah sehingga 31 Mac ini.

Program pembiayaan Straight-Line pula menawarkan ansuran bulanan serendah RM5,877 atau RM7,220.00 berdasarkan pinjaman selama tujuh tahun.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada acara itu, pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu…
Berita Domestik
BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan lebih daripada 15,000 unit kenderaan daripada BMW, MINI dan…
Berita Domestik
Ini menjadi satu detik yang bermakna dalam komitmen mereka untuk mendukung acara-acara bertaraf…