BMW kena saman - guna teknologi hibrid tanpa kebenaran

oleh HEZERI SAMSURI|
BMW menerima permohonan saman untuk lapan model hibrid dan PHEV termasuk 330e iPerformance, 530e iPerformance, 750e xDrive iPerformance, i8 Roadster Plug-in dan Mini Countryman Plug-In.

Permohonan saman itu dikemukakan oleh syarikat teknologi hibrid, Paice dan Yayasan Abell di mahkamah di Maryland, US.

Yayasan Abell ialah pelabur di dalam syarikat Paice yang beribu pejabat di Baltimore, US.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut CEO Paice, Robert Oswald, Paice berkongsi ciri-ciri teknologi hibrid kenderaan mereka bersama BMW atas dasar kepercayaan.

"Sayangnya tanpa langsung berbincang untuk meminta kebenaran menggunakan teknologi kami, BMW ambil apa yang dipelajari dari teknologi kami untuk kepentingan sendiri," terang Robert.

BMW tidak mahu memberi sebarang komen berkaitan pertuduhan tersebut.

Paice juga mempunyai kes saman yang hampir sama dengan beberapa syarikat kenderaan yang lain, termasuk Ford, Toyota, Hyundai dan Kia.

Namun begitu, syarikat-syarikat itu akhirnya membayar lesen untuk menggunakan teknologi Paice.

Menurut laporan Paice, syarikat teknologi itu mula berkongsi informasi dengan BMW tentang cara untuk memaksimumkan penggunaan bahan api dan untuk menurunkan kadar asap tanpa mengurangkan keseronokan pemanduan.

Paice berkata ia mengadakan pertemuan, mesyuarat dan berkongsi bahan-bahan teknikal dengan pegawai pengurusan tertinggi BMW dan juga jurutera-jurutera BMW.

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…