BMW lancar X1 generasi baharu, serta versi EV iX1 dengan jarak gerak 438 km

oleh Mohamad Hanif|
Selepas berakhirnya 'hayat' generasi kedua, BMW baru-baru ini memperkenalkan Sports Activity Vehicle kompak, iaitu BMW X1 2023 yang kini memasuki generasi ketiga.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Biarpun masih lagi mengekalkan perkadaran seperti model asal, rekaan luaran BMW X1 (serta iX1) banyak mengambil elemen daripada model-model X yang lebih besar seperti lampu utama dengan DRL berbentuk L terbalik berkembar, diikuti lampu belakang yang lebih ranggi yang mengingatkan kita kepada model-model Volvo.

Untuk X1 generasi baharu, BMW telah membawakan perubahan pada casis, seperti rak stereng dengan nisbah yang lebih pantas, komponen suspensi yang telah ditala untuk mengelakkan kejadian torque steer, bar anti-oleng, galas roda yang mampu mengurangkan geseran dan berat, serta ciri pengehad gelinciran roda yang unik di dalam segmennya.
 

X1


Dari segi dimensi, BMW X1 membawakan ukuran yang sedikit besar berbanding model terdahulu, di mana ia 43 mm lebih panjang (4,400 mm), 22.9 mm lebih lebar (1,844 mm), dan 43 mm lebih tinggi (1,640 mm).

Jarak antara roda juga bertambah sebanyak 22.9 mm lebih panjang kepada 2,692 mm, menyumbang kepada ruang kabin yang jauh lebih luas.

Ruang kabin masih lagi mampu memuatkan lima orang penumpang pada satu-satu masa, namun disebabkan perubahan dimensi itu tadi, ruang kaki dan ruang bahu kini lebih luas.
 

X1


Perubahan yang lebih besar sebenarnya terletak di atas papan pemuka, di mana BMW X1 kini tampil dengan sepasang skrin 10.25 inci dan ``10.7 inci dengan sistem perisian BMW iDrive 8, sementara konsol tengah pula menempatkan ruang meletakkan cawan, serta ruang pengecasan peranti pintar tanpa wayar di sebalik tempat meletakkan cawan itu tadi.

Selain daripada itu, BMW X1 turut membawakan kemudahan seperti empat port USB-C, soket kuasa 12V, sistem pencahayaan ambien, paparan peta terimbuh, kemas kini OTA, kunci digital serta kamera pandang dalam.

Tiada lagi tombol gear tipikal yang ada pada model-model BMW, kini ia telah digantikan dengan tuil yang lebih kecil saiznya yang terletak di bahagian tengah, bersebelahan dengan butang kawalan suara sistem infotainmen.
 

X1


Sekurang-kurangnya untuk pasaran Amerika Syarikat, hanya ada satu pilihan enjin sahaja ditawarkan, iaitu enjin 2.0 liter turbo yang mampu menjana kuasa 241 hp dan daya kilas 400 Nm, dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan dan sistem pacuan semua roda xDrive.

Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 6.2 saat sahaja.

Sementara di pasaran Eropah, BMW menawarkan pilihan enjin seperti berikut:

  • X1 sDrive18i - enjin tiga silinder sebaris 1.5 liter, 136 hp/230 Nm
  • X1 xDrive23i - enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo, sistem hibrid ringan, 204 hp, 320 Nm
  • X1 xDrive18d - enjin diesel 2.0 liter turbo, 150 hp, 360 Nm
  • X1 xDrive23d - enjin diesel 2.0 liter turbo dengan sistem hibrid ringan, 197 hp/400 Nm
  • X1 xDrive25e - enjin 1.5 liter plug-in hybrid, 245 hp/477 Nm
  • X1 xDrive30e - enjin 1.5 liter plug-in hybrid, talaan 326 hp/477 Nm

 

iX1


Untuk pasaran Eropah, BMW turut menawarkan versi elektrik sepenuh masa BMW iX1 xDrive30, dengan sistem pacuan semua roda dengan dua motor elektrik.

BMW iX1 mampu menghamburkan kuasa setinggi 313 hp dan 494 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j sepantas 5.7 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 180 km/j.

Pek bateri berkapasiti 64.7 kWh pula membolehkan jarak pemanduan antara 413 km hingga 438 km, selain menyokong pengecasan pantas DC yang membolehkan pengecasan 10-80 peratus dalam masa 29 minit, atau pengecasan 10 minit untuk mencapai jarak tambahan 120 km.

Pembeli iX1 di Eropah akan diberikan akses kepada jaringan pengecasan IONITY di seluruh benua, dengan yuran keahlian dikecualikan selama 12 bulan.

Beberapa perubahan yang membezakan iX1 dengan model X1 termasuklah kemasan biru cerah pada sesetengah tempat, seperti aksen biru di sekeliling gril buah pinggang, bampar depan, skirt sisi dan juga bampar belakang.
 

X1


Tidak ketinggalan, BMW ada menawarkan M Sport Package di mana pembeli boleh melengkapkan SUV X1 mereka dengan paddle shifter, fungsi Sport Boost yang boleh diaktifkan dengan menarik pedal shifter kiri sekurang-kurangnya satu saat, diikuti dengan sistem suspensi adaptif M yang mampu merendahkan ketinggian sebanyak 15 mm.

Di pasaran Amerika Syarikat, BMW X1 2023 dijual pada harga bermula dari  $38,600 (RM169,338).

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada itu, JCOTY telah memilih keicar Mitsubishi Delica Mini untuk memenangi anugerah…
Pelancaran
Hadir dalam varian tunggal xLine, BMW X1 sDrive20i ini membawakan enjin empat silinder sebaris 2.0…
Berita Global
Sekeping gambar teaser turut didedahkan yang menampilkan garis badan yang bersegi, grafik LED yang…