BMW M 1000 R 2023 - Roadster M pertama, 205 hp, 113 Nm

oleh Mohamad Hanif|
BMW Motorrad tahun ini membuat kejutan dengan melancarkan versi naked kepada jentera M 1000 RR, iaitu M 1000 R 2023.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Selain daripada perbezaan bilangan huruf R di bahagian belakang, jelas dan nyata M 1000 R membawakan spesifikasi yang hampir sama dengan M 1000 RR tanpa kehadiran reraup penuh, dan dilihat mampu memberi cabaran kepada model Ducati Streetfighter V4.
 

M


Nadi 999 cc empat silinder sebaris itu berupaya menghasilkan 205 hp @ 13,500 rpm dan 113 Nm @ 11,000 rpm, atau 40 hp lebih berkuasa berbanding S 1000 R.

Selain daripada penggunaan sproket bergigi 47, M 1000 R juga turut didatangkan dengan nisbah gear ke-4, 5 dan 6 yang lebih pendek serta rantai M Endurance.

Sama seperti M 1000 RR, M 1000 R juga turut didatangkan dengan mod tunggangan (Rain, Road, Dynamic, Race, Race Pro 1-3), serta generasi terkini kawalan elektronik DTC (Dynamic Traction Control) dan DTC Wheelie yang dibantu dengan kotak penderia IMU enam paksi.
 

M


Namun begitu, M 1000 R didatangkan dengan tiga profil pendikit (berbanding dua pada M 1000  RR) yang boleh dilaras untuk mendapatkan respons yang optimum, diikuti kawalan brek enjin, Brake Slide Assist, Shift Assistant Pro, Launch Control, Pit Lane Limiter, serta Hill Start Control Pro.

Penggunaan winglet sudah menjadi satu kewajipan pada jentera pantas, dan tidak terkecuali M 1000 R di mana komponen ini membantu menstabilkan jentera pada kelajuan tinggi.

Aspek tunggangan dibantu dengan penggunaan fork jenis terbalik hitam boleh laras, dibantu dengan ciri kawalan peredam dinamik (DDC), sementara sistem brek M pula menawarkan prestasi maksimum untuk kegunaan jalanan dan litar lumba.
 

M


Antara kelengkapan lain termasuklah rim aloi aluminium tempa (opsyen rim M Carbon), peredam stereng boleh laras, bar hendal yang lebih lebar dengan cermin sisi di bahagian hujung, unit lampu LED, pemanas tangan, slot pengecasan USB dan bateri ringan M.

Skrin kluster TFT bersaiz 6.5 inci itu turut didatangkan dengan animasi permulaan berlogo M, serta antaramuka OBD untuk fungsi M GPS Datalogger dan M GPS Laptrigger yang boleh digunakan dengan kod pengaktifan.