BMW M 1000 RR 2021 mendarat di Malaysia - harga RM249,500.00

oleh Mohamad Hanif|
Diperkenalkan secara rasmi kira-kira setahun yang lalu, motosikal dua roda pertama berjenama M - BMW M 1000 RR - kini rasmi mendarat di pasaran Malaysia dibawakan oleh BMW Motorrad.

Dari segi kuasa, BMW M 1000 RR menggunakan enjin empat silinder sebaris yang mampu menghasilkan 212 kuasa kuda @ 14,500 rpm dan daya kilas 113 Nm @ 11,000 rpm, terima kasih kepada komponen cincin omboh baharu dari Mahle, kebuk pembakaran yang dimodifikasi, serta rod penyambung titanium dari Pankl.

Selain daripada itu, BMW Motorrad juga turut meningkatkan nisbah mampatan enjin, menggunakan rocker arm yang lebih ringan, serta port kemasukan dengan geometri serba baharu.
 

M 1000 RR


Jentera M dua roda ini dilengkapi dengan mod tunggangan Rain, Road, Dynamic, Race, serta Race Pro1-3 bersama-sama kawalan elektronik seperti Pit-Lane Limiter, Launch Control, Hill Start Control, Dynamic Traction Control dan fungsi wheelie menggunakan data daripada kotak penderia enam paksi.

Segala paparan informasi boleh dibaca menerusi skrin TFT bersaiz 6.5 inci, serta antaramuka OBD yang boleh digunakan untuk pencatat data M GPS dan M GPS laptrigger.

Antara kelengkapan standard untuk sebuah jentera M 1000 RR adalah brek M, rim gentian karbon M, bateri serba ringan M, slot pengecasan USB, serta sistem penggera anti-pencuri.
 

M 1000 RR


BMW M 1000 RR boleh didapati dalam warna kombinasi Light White, Racing Blue Metallic dan Racing Red, di mana anda boleh mendapatkan jentera terhad ini menerusi pengedar BMW Motorrad  yang terpilih bermula 27 Ogos ini.

Harga jualan bermula dari RM249,500, atau bayaran ansuran bulanan serendah RM3,040.00 menggunakan pelan pembiayaan daripada BMW Group Financial Services Malaysia berdasarkan pinjaman sebanyak 80 peratus untuk tempoh empat tahun.

Baca: BMW M 1000 RR 2021

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun dengan harga bermula dari $229.99 (RM969), anda mungkin tidak akan dapat kelengkapan seperti…
MotorGP
Untuk musim perlumbaan 2021, BMW M telah mendedahkan secara rasmi tiga buah jentera baharu iaitu M3…
Berita Global
Ini dibuktikan dengan pendaftaran paten yang dibuat oleh BMW Motorrad di Jerman yang menampilkan…