M 1000 RR Competition dikuasakan nadi empat silinder sebaris 999 cc yang kini menghasilkan 218 HP @ 14,500 rpm dan 113 Nm @ 11,000rpm, dengan pecutan 0-100 kmj hanya dalam 3.1 saat dan kelajuan maksimum sehingga 314 kmj.
Antara naik taraf utama enjin itu termasuk kepala silinder baharu dengan port dioptimumkan, injap titanium ringan, throttle body lebih besar 52 mm, kotak udara direka semula serta sistem ekzos titanium penuh yang lebih ringan.
Selain enjin yang lebih berkuasa, ciri paling menonjol ialah M Winglets 3.0 gentian karbon yang mampu menghasilkan sehingga 30 kg downforce pada 300 kmj, sekaligus meningkatkan kestabilan masuk selekoh dan mengurangkan wheelie ketika pecutan.
Meningkatkan lagi prestasi aerodinamik, BMW M 1000 RR Competition turut hadir dengan fairing depan, cermin, dan spoiler yang direka semula untuk aliran udara lebih baik.
Enjin pula dipasangkan pada kerangka Flex Frame yang dipertingkat, manakala pendikit strok pendek M kini hanya 58 darjah (sebelum ini 72 darjah), memberikan respon lebih pantas.
Dari segi elektronik, ia hadir dengan mod Rain, Road, Dynamic, Race serta tiga Race Pro yang boleh diubahsuai penuh – termasuk kawalan wheelie, engine brake, dan tindak balas throttle.
Fungsi lain seperti Slide Control, Brake Slide Assist, serta Race ABS Pro dengan mod “Slick” untuk tayar perlumbaan turut dilengkapi pada BMW M 1000 RR Competition 2025.
Sebagai varian tunggal, BMW M 1000 RR Competition 2025 hadir dengan pakej penuh M Competition yang merangkumi:
- Komponen karbon matte (fender, cover tangki, cover pinion, seat cowl)
- M Carbon Wheels untuk pengendalian lebih ringan
- M Endurance Chain
- M Billet Parts (tuil brek & klac CNC, pelindung tuil brek, footrest baru)
- M GPS-Laptrigger dengan kod pengaktifan
- Lengan ayun anodis, tangki bahan api hitam, serta penghadang angin gelap
BMW M 1000 RR Competition 2025 dijual pada harga RM299,500 (atas jalan, tanpa insurans) termasuk Program Jaminan 3 Tahun serta Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun.
Dengan pembiayaan melalui BMW Group Financial Services Malaysia, bayaran bulanan bermula sekitar RM4,178 (pinjaman 90% untuk 7 tahun).