Namun dengan harga bermula dari $229.99 (RM969), anda mungkin tidak akan dapat kelengkapan seperti rim gentian karbon, winglet MotoGP dan enjin 212 hp sama seperti model sebenar.

Sebaliknya, ia ditawarkan dalam satu pakej 1,920 kepingan LEGO dengan sesetengah komponen yang mampu 'berfungsi' seakan model motosikal sebenar.
Seperti contoh, fork hadapan USD dan penyerap hentak belakang boleh dimampat dan dipanjangkan, serta tidak ketinggalan lengan ayun yang berfungsi sepenuhnya, roda, kotak gear tiga kelajuan dan rantai berwarna emas.

Dihasilkan dalam skala 1:5, BMW M 1000 RR ini memiliki dimensi sekitar 454.66 mm panjang, 170 mm lebar dan 277 mm tinggi dan amat sesuai dijadikan sebagai hiasan di meja kerja.